Awal bulan Disember hari tu, kan ada 8th Asean Paragames kat Singapore. Mama jadi committee. So memang stay kat sana. Aku, abah dengan adik pergi sana balik hari. Tapi kitorang naik flight je.
Kebetulan bukak Air Asia tengok flight murah pergi Johor. Terus booking. 3 orang dalam RM300+ which is murah and jimat masa. Dari nak drive. Actually pergi direct flight ke Singapore terus pun murah. Tak check in bag sebab sekejap je kan. Aku ni macam biasalah risau bab wheelchair adik aku je nak naik flight ni sebab dia pakai yang jenis battery.
Flight pagi pergi KLIA2 . Sebelum tu macam biasa dah buat web check-in. Sampai-sampai sana, ingatkan kena pergi kaunter rupanya tak payah kalau dah check in. Tapi kalau ada barang /bag nak check in kena pergi kaunter. Dah setel, terus masuk balai berlepas. Pun Alhamdulillah senang. Naik lift semua. Kitorang dah breakfast kat rumah, so just belikan adik roti ngan kek buat alas perut.
Sambil tunggu tu, crew Air Asia bagi priority yang pakai wheelchair masuk dulu. Kebetulan hot seat ada kosong, so diorang arrangekan hot seat. Kalau tak seat belakang. Flight gi Johor kejap sangat. Tak sempat nak lelap. Hahaha. Which is sangat convenience. Kalau tau best macam ni, balik kampung naik flight je.
Sampai kat Senai, pak ngah amik hantar kitorang gi Larkin Sentral. Naik teksi nak masuk singapore. Sebab adik aku pakai wheelchair kan, naik teksi senang. Kalau yang biasa macam kita ni aku suggest naik bas (murah dah tak jem). Atau naik train.
Teksi kat Larkin Sentral ni ada beberapa jenis .
1. Teksi Johor hantar dari Larkin - Woodlands
2. Teksi Johor hantar dari Larkin - Queen street/ Rochor (Singapore) - Plat Johor (RM80 satu teksi)
3. Teksi Singapore hantar ke mana-mana je korang nak pergi dalam Singapore (No plat Singapore) (Lebih kurang SGD55 - sebab dia hantar ke destinasi pilihan dalam Singapore)
So boleh pilih. Kitorang amik teksi terus pergi OCBC Arena. Sebab senang. Balik tu kitorang amik teksi dari OCBC Arena ke Queenstreet/ Rochor (Tambang dlm SGD10) . Dari situ amik teksi balik Johor ke Tun Aminah terus dalam SGD65 . Kalau ke Larkin tambang SGD48 (fixed).
Beza naik teksi/bas ni adalah takyah nak turun naik cop passport. Yang tak best naik teksi adalah, mengadap jem.
Kitorang sampai Singapore tu pun dh dalam kul 1 lebih macam tu. Game tengah break. So ajak mama makan kat Kallang Square. Termasuk kedai vegetarian. Sebab ada logo Halal Singapore kan. Merasalah aku makan nasi ayam vegetarian. Hahahaha. Yang, tak kena kat tekak kita la kan. Dalam tu singgah 7E beli jajan.
 |
Iced Tea. Okay la not bad :) |
 |
Chicken Rice. Yang chicken tu tahu. Hahahaha. |
Petang tu lepak kat arena tu. Sebab nak jalan-jalan, kasut aku dah nazak nak tercabut tapak. Nak beli selipar baru macam tak berbaloi. So layan game pingpong. Malaysia dapat 1 emas 2 perak masa tu. Tapi team Thailand ngan Indonesia memang power la.
 |
Adik tengah khusyuk tengok game. |
Dah habis game, amik teksi dari ocbc tu ke Queen street. Tambang dalam SGD10. Then dari Queenstreet amik teksi ke Johor terus gi umah pakngah kat Tmn Tun Aminah SGD65. Tapi kalau balik Larkin sentral SGD48.
Tidur umah pakngah, esok tu balik KL naik flight Air Asia jugak. Service from crew, best. Takde insiden yang tak best. So far, Air Asia agak selesa jugak kalau nak travel guna wheelchair ni.
Tips travelling dengan user yang pakai wheelchair ni adalah :
1. Sampai awal and make sure before atau masa check-in kat airport tu informed crew bertugas yang kita ada passenger pakai wheelchair and need assist.
2. Dokumen penting macam IC , Kad Kebajikan kena bawak. Boarding pass pun jangan lupa.
3. Kalau normal wheelchair tak ada masalah. Tapi kalau motorize wheelchair makesure tau jenis battery apa yang digunakan. Sebab flight hanya akan benarkan untuk dry cell battery atau lithium sahaja. (Normally wheelchair memang pakai dry cell battery). Kalau ada surat/manual book wheelchair tu lagi bagus bawak. Kalau tak, boleh tengok label kat battery tu.
4. Untuk motorized wheelchair, sila bagi kerjasama dekat cabin crew untuk discharged wayar battery atau cabut battery tu. Follow the rules. Kebiasaannya wheelchair passenger ni sama ada dia masuk dulu atau masuk last sekali (duduk depan). So sila bawa bersabar.
5. Once dah settle dengan wheelchair passenger, wheelchair tu diorang akan angkat dan simpan dalam kargo. Dan nanti masa nak turun flight, kita akan turun last sebab diorang nak uruskan wheelchair tu naik atas kat flight balik. Again, bawa bertenang dan bawa bersabar.
6. Sebenarnya mudah je, kalau kita rajin bertanya atau beri kerjasama kat cabin crew atau staff-staff diorang ni.
Dear Air Asia, thank you for the great hospitality from your Cabin Crew
8th Dec'15 - Flight AK6046 (KUL - JB)
9th Dec'15 - Flight AK6045 (JB-KUL)
And tak terlambat nak ucap tahniah to Malaysian Paralimpik Team for the 52 Golds ! :)