Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, 24 February 2015

Anugerah Meletop Era 2015

Hai!

Malam ahad lepas, aku, mama, abah and adik pi tengok Anugerah Meletop Era 2015 #AME2015. Ni pun sebab dapat redeem ticket from Astro. 

Sebelum nak cerita pasal event ni, ada drama gak lak sebelum tu dengan Astro. Hahahaha. Drama kecil-kecilan saja. Sebab once aku dapat confirmation ticket tu, aku terus email diorang cakap nak assistance tuk wheelchair user. Duk laaa reply dengan customer service diorang duk kata okay..okay. Tapi sampai sudah tak bagi aku PIC. Sampai laa hari Sabtu tu aku follow up lagi pun takde.

Paling bengang bila call general line dengan customer service. Semua bantai cakap taktau. Bila aku cakap nak buat report, dia kata "ikut cik lah". Hai...menaga juga la aku sabtu ari tu. Terus terbantut semua program. Elok-elok aku nak keluar pi tengok Kingsman pun tak jadi.

Last-last nekad je la. Aku cakap aku redah, if anything happens, tau la ape jadi nanti. Sebabnya aku alert benda ni, taknak jadi macam kes AFF Suzuki Final hari tu. Cakap boleh masuk, sudahnya kitorang menapak. Kalau adik aku ni tak pakai wheelchair, kitorang okay je la semua. Tapi tengok keadaan la. Kadang-kadang manusia ni, takde timbang rasa. Kita bukan mintak VIP parking pun. Nak park dekat je.

Okay, dah membebel. So hari Ahad tu dalam kul 3 orang Astro call cakap diorang akan assist. Tapi tu pun suruh cari parking sendiri. Aku cakap la, dalam email kata boleh park dekat. Dia gelabah. Since aku nak redeem ticket. Kena pergi awal. By 6pm aku dah ada sana, and luckily abang RELA yang jaga parking tu bagi kitorang masuk dalam. Thank you! :)

Memang park dekat ngan stadium putra. Sampai je call staff Astro and diorang assist sampai dalam and sampai seating. Thank you to  Saari AF, Lingesh and sorang lagi kitorang tak sempat tanya nama for the assistance. Lepas dah lepak sambil tengok diorang rehearsal. Masa tu memang takde orang. Artis. musician ngan crew je. Masa magrib diorang break. So kitorang gilir-gilir gi solat. Alhamdulillah surau pun sama floor kat situ and selesa. Senang cerita all staff and Astro crew memang awesome.


Masa ni rehearsal. Takde orang lagi 
By the time after magrib, yang lain pun dah start masuk. Kul 9pm start show. Everything memang best. Walaupun pening sebab lighting kan. Tapi sound system best. Tu lah, bila tengok kat TV rasa macam ada kurang dengan sound system. aku rasa pihak-pihak yang buat LIVE show ni kena peka dengan audio. Sebab tengok kat TV bunyi dia tak best sangat. Lain kalau ko tengok konsert ke show luar. Sound tu penting.


Happy je budak kecik ni. Hehehe

View abah paling best. Clear sampai stage. Hahha

Excited gila aku masa ni, 4U2C kot. Patut diorang jemput KRU semua. Buat reunion.
Overall best. Artis pun awesome. so far yang jumpa semua tak menyombong. Hahahaha. Kali ni dapat bergamba ngan Dato' Sentiasi Jalaludin Hasan. Dia ni memang charismatic. Aku rasa dia ni kalau bab keje, jenis serious.  


The humble Dato' Jalaludin Hasan. Aku jugak takde dalam gamba. Sebab photographer kan. T_T

Apepun, aku nak clearkan kat sini yang kitorang bukan request nak layanan VVIP ke apa. Just nak jalan masuk tu mudah, parking dekat, ada lift. Yang lain kitorang boleh urus sendiri. 

Again, terima kasih Astro! :)

Wednesday, 4 February 2015

Happy 16th Birthday Adik!

Semalam cuti kan? Kebetulan 3 February tu jatuh on hari jadi Adik. Yang ke-16. Gila kejap je dah besar budak ni. Hahaha.

So kitorang just buat makan-makan secara kecil-kecilan. Jemput family dekat-dekat je. Simple birthday cake. Malam Isnin tu, aku dah siapkan semua barang-barang yang nak masak. Cuci ayam, blend bawang, cili and segala mak nenek perkakas tuk masak. Tatau nape, tetiba aku efisien je bab-bab ni. Semangat terlebih. 

So pagi tu, senang. Terus keluarkan barang-barang. Terus masak. Since iols dah ada dry kitchen sekarang kan, so memasak lebih mudah. Bayangkan, sekali on empat dapur terus. Dalam kul 10 tu semua dah siap masak. Tepuk tangan untuk diri sendiri ngan mama. 

Menu semalam adalah, nasi tomato, ayam masak merah, pulut kuning, rendang ayam, puding suka hati, pencuk nenas. 
Ni nama dia puding suka hati. Letak strawberry & buah pisang kaki secara kedekut.

Pulut kuning & Rendang Ayam. Boleh order tau. Check kat www.wmbywaniemaya.com 
Rendang ayam. Taktau rendang negeri mana. Tapi ade orang cakap macam rendang minang. Haha

Pencuk nenas.

Ayam masak merah, yang digandingkan bersama nasi tomato. Nasi tomato tak sempat bergambar ya. 

Cake beli. Kakak dia dasar pemalas. RM32. Chocolate Delight Chiffon. Sedap gak. Beli kat Berry's

Yang diraikan. Adik dengan kembar tu. Diorang lahir bulan 2. So celebrate skali. Yang kanan tu cousin kitorang.
Untuk adik, Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jadi anak dan adik yang soleh. Mohon kalau dah berjaya kaya-raya esok, jangan lupa pada kakakmu yang jelita ni. Haha! Hadiah birthday pending dulu ya. Tak amik-amik lagi ngan orang tu. Busy ngalahkan PM . luls. Whatever it is, we love you adik! Be a good boy okay :)

Eh, nanti kalau rajin, iols update resipi okay?


Tata~~