Wednesday, 4 March 2015

Keje lagi ke idok?

Tu soalan standard kalau orang ke sedara mara akan tanya aku takpun tanya family aku "Wanie tu keje lagi ke tak?'

Hahahahaha

Keje la.... masih bekerja setakat ni. Aku buat bisness ni part time, biasanya lepas waktu kerja ataupun weekend. Takpun time aku cuti. Setakat ni, InsyaAllah masih balance dua-dua. Walaupun niat di hati tu nak concentrate business je. Modal tak cukup lagi. Hiuhiuhiu~

Keje sendiri ni ada pros and cons. Bestnya, kita lah boss, kitalah kuli. Walaupun aku share partner ngan Maya, tapi masing-masing jadi boss. Hahahah. Beza kerja sendiri ni adalah ko tak merasa cuti. Cuti pun ko kerja. Rezeki kan. Cuma aku ada jugak lah limit-limit dalam sebulan tu untuk rest day. Pergi holiday dengan family.

Dalam bab bisness ni lagi satu adalah masalah nak letak harga. Kang letak takut mahal, letak murah sangat nanti takde profit. So aku kire tengah-tengah. Tak mahal sangat dan yang penting profit memadai. Aku percaya rezeki Allah yang tentukan. Kita kena usaha je :)

Sebenarnya aku nak taip benda lain. Tapi terkarang benda lain. Hehehehe.


*******************

Jemput tengok MV oppa kesayangan kitorang.  ;p

Shinhwa Official MV "Sniper"

No comments:

Post a Comment