Wednesday, 11 March 2015

Trip : Dari JB ke Singapore by Ekspress Bus/Taxi

Assalamualaikum.

Hari tu kitorang ada buat roadtrip pergi Singapore. 2 hari 2 malam. 


KL-Melaka-JB-Singapore-Melaka-KL

Roadtrip bebeh. Roadtrip. Dan dengan bangganya aku nak habaq, aku lah driver sepanjang perjalanan. Hahahaha. Sendiri kagum dengan ketabahan diri sendiri. Cuma Ahad tu nak balik la demam-selesema sikit. Sat je. Pastu dah recover. Alhamdulillah.

Kitorang bertolak Jumaat malam. Straight to Melaka. Sampai pun around 12am. Kitorang stay kat Hotel Sentral View Melaka. Booking pakai booking.com. So dapat harga murah RM92 per night untuk bilik besar.  Dah check in, terus keluar balik carik makanan. Lapar weyh. Aku dah la siang tu tak makan, sebab aku bantai tidor. Qada' tido sebenarnya. Pusing-pusing target nak makan asam pedas claypot kat Kota Laksamana. Jalan-jalan pakai waze, Alhamdulillah sampai. Mujur kedai bukak lagi. Aku tak sure kedai ni tutup kul berapa. Tapi selalu kitorang sampai dalam 12-1am still ramai orang.


Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Photo taken from here
Restoran Kota Laksamana 1 (Asam Pedas Claypot)
86, Jalan Laksamana 3,
Taman Kota Laksamana,
75200 Melaka.
Terus roger cik yan and the geng join kitorang. Ada dua kereta, aku dengan ain satu kereta. Yan dengan kawan-kawan dia dah gerak dulu. Nak gi Jonker Walk katanya. So kitorang dinner/supper asam pedas.
Asam Pedas tetel (daging & lemak) . Favourite yours truly!
Asam pedas Melaka ni ada banyak style. Ada yang pekat, ada yang light-light kire kau boleh hirup. Tapi pedas masam dia maintain. Jarang la jumpa asam pedas melaka tak sedap. Ada tu ada, tapi aku tak ingat kat mana. Memang banned terus kedai tu. Ikan bakar? Mana lalu der dah letih-letih.

Balik lepas makan dalam kul 1 tu terus balik tidor. Tu pun tido kul 2. Padehal esok tu nak gerak pas Subuh. The very next morning, kul 7 kitorang gerak gi JB. Drama bermula di sini. Bila Yan cakap dia nak naik kereta ngan aku. Kirenye berlima lah nanti. Aku cakap okay je. Tapi maybe cramp sebab nanti nak amik Mar kat Tangkak. Diorang kata okay. Hahaha.

Then masa nak amik Mar kat Tangkak boleh plak ada drama swasta, terlajak simpang exit Tangkak. Terus laju-laju carik jalan nak u-turn kat Bukit Gambir. Mujur tak jauh sangat. Dah amik Mar, straight gi JB. Mujur Mar kecik. So muatlah diorang. But still cramp.

Yang aku ni berdoa tak kena tahan polis. Hahaha. Lebih muatan kot.

Sampai JB around 11 macam tu. Punyalah hazab nak carik parking kat Stesen Sentral Larkin ni. Ya kawan-kawan nak naik express bas mudah boleh naik dari Stesen Sentral Larkin.

Limited parking, pastu kereta banyak. Menguji kesabaran carik parking. Sebab ada pasor kan. Amboi terus tukar slang Johor ek. Last-last jumpa parking. Meet up ngan Wawa kat sini. 

Then aku terus usya kaunter tiket. Yang aku jumpa la...ada 2 kaunter bas pi Singapore. Satu tu Bas 170 satu lagi dia tulis Singapore Johor Express (SJE). Actually lebih kurang je kalau naik dua-dua bas ni. Kitorang naik SJE. Tambang RM3.30 sampai Queenstreet. Singapore


Kaunter Ticket kat Terminal Larkin - photo taken from here 
Actually dia start dari Woodlands. Tapi sebab kitorang nak naik MRT so turun Queenstreet, Singapore. So dah naik bas tu terus gerak. Tak buang masa. I like. Memula sekali berhenti kat Imegresen Johor. Nak check out kan. Check passport. Bermulalah acara Running Man kat sini. 

Turun je bas ko akan tengok semua orang berlari macam nak kejar apa je. Actually ko ada pilihan, sama ada nak lari atau tak. Sebabnya, yang berlari ni sebab nak kejar bas yang sama. Biasanya driver bas akan bagtau dia tunggu kat platform berapa. Pastikan tiket bas korang tak hilang sampai masuk Singapore tau.

Kalau tak lari pun okay, cuma keberangkalian kau terlepas bas adalah tinggi. Tapi no worries bebeh. Tunggu je kat Platform tu, bas lain dari syarikat sama sampai. Kiranya kau dah rugi masa lah kat situ. So macam kitorang? LARI. hahaha. Kesian bebudak tu ikut aku lari.

Then nak setel kat sini. Kejap je. Sebab ko je pakai kiosk tu. Takyah beratur cop bagai. Next turun kat Woodlands Singapore. Sini ko kena beratur. Pastu makesure ko dah isi borang nak masuk singapore tu. Nanti korang naik kat Imigresen Singapore tu belah kanan ada borang ngan tempat nak menulis. Kalau nak lagi efisien, ko isi siap-siap masa kat JB. So kat sana takde terkial-kial nak menulis.

Sini beratur macam biasa. Tapi time aku gi efisien la. Sebab kaunter banyak bukak. Selama ni pun aku pergi tak pernah kene beratur lama. Hehehe. Berdoa banyak-banyak la. Dah setel tu, turun balik sebab bas nanti bawak kita gi Queenstreet Terminal.


Queenstreet Terminal, Singapore. Photo taken from here
Queenstreet ni adalah station bas yang akan bawak kita gi Woodlands. MRT paling dekat adalah Bugis Station. Just seberang jalan je. Kalau tak confident, amalkan konsep malu bertanya sesat jalan yer adik-adik. Tapi sebelum tu, kitorang meet up ngan Mawar eonnie. Dia ni Singaporean. So dia bawak kitorang makan dulu kat Arab Street before jalan-jalan.


Photo taken from here
697 North Bridge Road, Singapore 198675
Arab Street ni famous dengan kedai kain and of course Halal Food. Kalau masuk Singapore tak try Murtabak Singapore, tak complete la journey. Hahaha. Tapi ni pun first time aku try, selama ni masuk tak sempat nak try. Kitorang gi Zam-Zam Restaurant. Sini memang femes dengan murtabak dia ngan briyani.


Murtabak Kambing SGD6 (small)

Sebab masing-masing kelaparan, kitorang order murtabak sorang satu hokeyh. Walaupun hakikatnya portion tu boleh dishare. Tapi aku habis. Yang lain, almost habis. So boleh bayang tahap kelaparan masing-masing. Bwahaha.

Mar order briyani. Sedap. Tak muak. Mawar eonni order Mutton Chop. Dia bagi aku rasa. Hoih sedap. Next time nak order yang tu. Aku order murtabak kambing. Sedap. Actually dia lebih kurang je ngan murtabak kita, cuma dia lagi lembut. Macam roti pastu panjang sikit. Kesimpulannye sedap.

Harga? Murtabak ikut size. Macam small aku amik ni SGD6. Nasi briyani SGD6.50. Mutton Chop tu SGD7. Air standardlah. Milo ais SGD1.50.

So korang should try kalau datang Singapore k.


Masjid Sultan. Singapore. Photo taken from here

Next kitorang solat kat Masjid Sultan, Singapore. Just bertentangan dengan Zam-zam restaurant ni. Kitorang Jamak Zohor-Asar. So senang sikit. But kat shopping mall ada kot surau, cuma aku tak sure. Boleh refer kat information counter. Miihihihi.

Then terus gerak gi Vivo City. Dari Bugis Station - Harbour Front. Tapi kena tukar train kat Outram Park. Kalau nak pi Orchard Road plak, korang turun kat City Hall. Kirenya kat sini nak pi Vivo City. Naik dari Bugis Station - Outram Park - Harbour Front. Tambang dalam SGD1.80 

Kalau nak tau, dari Vivo City juga korang leh gi Sentosa Island ngan USS. So senang lah. Ada monorail kat situ. 
Meeting up with the Singaporean sisters
Dah sampai Vivo City, kitorang ada gathering kecil-kecilan. Lepas tu makan-makan. InsyaAllah Singapore banyak Halal food. So boleh tengok mana-mana kedai yang ada logo Halal tu. Kitorang makan kat Seoul Garden (Hotpot). Level 2, Harbour Front. Halal ye. Jangan ada yang tanya, akak cubit pipi tu karang.
While waiting for our food.
Yeay, food dah sampai. Mandu dia sedap nak nanges.
Minguk aaaaa~~~~ Price : SGD10.90
Tired happy faces.

Makan memang best. Price range dalam SGD10-19. Depends korang amik apa. Kitorang share. Sebab portion dia besar. Satu set tu share dua orang.

Dah setel tu, on the way balik singgah Merlion Park. Alaaa..mercu tanda singapore. Area Marina Bay Sands. Okay, dari station Harbour Front, kita amik station pi Raffles Park. Make sure jangan salah line. Korang ikut je map kat station tu. So dah turun kat Raffles Park. Korang keluar ikut pintu H. Then bila dah keluar bangunan, korang terus ke belah kiri. Jalan depan sikit nanti nampak la Merlion tu and Marina Bay Sands tu. Kalau tak nampak bangunan tinggi gedegak macam tu aku tatau nak kata apa. 


Merlion Park, Marina Bay
Lawa. Sini tourist spot. So macam-macam gaya amik gamba ko jumpa. Hahaha termasuklah kami. LOL. Oh, sini ada jugak souvenir shop. So kalau tak sempat nak pi shopping, bolehlah beli kat sini. 


Let's wefie~

Lepas tu, kitorang bergerak balik ke Queenstreet Station. Dari Raffles Park station ke Bugis station. Jalan sikit jumpalah station bas tu. Tapi, jeng jeng jeng....kitorang tak naik bas. Balik JB naik teksi. Satu kepala SGD12. Tak larat weyh nak naik bas, nak naik turun tangga lagi. Hahaha. So semua setuju naik teksi. And pakcik tu kata if dari JB ke Singapore by teksi adalah RM20 sorang.

Aku cakap ngan bebudak tu, next time aku sanggup bayar demi keselesaan. Mereka macam bersetuju. Hahahaha. Sampai JB terus gerak balik melaka. Sampai around 1.00am. Penat, masing-masing tak larat bukak mata. Esok tu, terlajak subuh. Amik kau.

Next entry sambung cerita last day kat Melaka lak okay?.

Thank you for reading. Tata~



Acah-acah cute je kan? Yours truly tudung oren yang kiri buat peace tu ya. Hahaha

1 comment:

  1. haii.. nak tanya.. teksi yg rm20 tu.. smpai ke Sentosa Island ke??

    ReplyDelete