Aku biasa kalau ada order time weekend, memang jarang la aku mengadap phone. Bukak phone pun layan whatsapp ngan member-member. Facebook kadang-kadang, instagram pun kalau teringat. Twitter nan hado sekarang.
So bila Isnin tu start kerja, baru aku bukak facebook (kata takde keje kan) , bukak blog so merata la baru aku tau isu selfie sambil bf, isu yang ikat perut sampai usus koyak pastu memacam la. Lepas tu aku rajin baca komen-komen. Nak nangis pun ada nak gelak pun ada. Rajin betul orang yang suka komen ni, siap berbalas-balas. Aku tak komen, tapi terus gi whatsapp group. Hahaha
Bab yang selfie masa bf tu aku nampak macam salah faham statement je. Memang la statement yang menegur tu kasar bahasa dia, tapi yang lain-lain plak salah amik konteks. Tapi okay la orang-orang bijak agama ni dah terangkan. Kiranya memang tak manis la kan. Adab tu kena ada.
Yang bab ikat perut tu plak, kalau bagi nasihat orang kata zaman dulu ngan zaman sekarang tak sama. Ye lah, mana nak sama. Zaman mak-mak kita pun tak sama. Tapi seteruk-teruk mana keadaan pun, ada usaha kita kena ikhtiar kalau nak hidup. Kalau nak hidup la. Kena pandai la. Orang kata, pandai-pandai bawak diri. Makan mana yang patut. Alas perut kalau takde duit nak makan. Alas perut tu macam makan sekeping roti dengan air teh ke air kosong ke. Atau makan nasi kosong dengan kicap ke. Taktau la bebudak sekarang paham tak makna alas perut?
Lepas tu pesen sekarang, kadang-kadang kita update status tu nak seronok je. Tetiba ada plak yang komen bersungguh. Pesen aku ni kalau dah tak berkenan aku malas bertekak, aku padam je post tu. Hahahaha. Rileks la, aku bukan mintak pendapat pun. Cara memasing kan, phone nak letak password ke tak ke. Sometimes aku rasa orang yang nak tegur ke bagi pendapat ni kena tengok keadaan la. Tak payah la beriya bagi komen bagai. Unless orang tu minta pendapat. Sama macam aku tak suka style mak bapak sekarang yang banyak ikut buku jaga anak. Itu tak boleh, air masak tak boleh, makan tak boleh. Well, aku takde la komen direct. Pandai dia la, anak dia. Kita ni respect je la. Cuma kalau tak tahan sangat, aku sembang ngan kawan-kawan aku je. Hahahaa
Dan sekarang musim El Nino. Tapi lately petang je hujan. Alhamdulillah. Cuma bila panas tu, baju kita pakai pun rasa suam. Hahahaha.
![]() |
Penangan El Nino.. sian bebudak ni panas |
No comments:
Post a Comment