Wednesday 30 December 2015

Menang Grand Prize

Tajuk kemain. Hahaha. Tapi, memang betul pun kitorang menang grand prize. Ikutkan plan asal, ahad tu ada Korea Nation Day kat Lake Garden. Memandangkan sabtu tu aku dah jenuh berjalan, so balik tu kaki sakit. Jenis sakit yang nak diri or jalan pun susah. 

Pagi tu aku bagitau bebudak ni kata tak dapat join, cuma kalau nak drop by boleh la aku keluar area dekat-dekat. So set la jumpa kat Gamuda Walk petang tu. Lepak makan kat Boat Noodle. Kebetulan ada Korea Day jugak kat sana. Actually dah seminggu yang kitorang pergi tu last day. Ada macam-macam la.

Si Suereya ni saja nak try pakai hanbok. Aku nka jugak, tapi malas. Bwahaha. Dila pun taknak, katanya nak pakai hanbok kat korea je. Kemain kau dik. So kitorang tolong la sue ni pakai hanbok, amik gamba bagai. Sebab ada contest. Yang kitorang nak voucher diskaun 20% Cafe Benne tu je. 

So organizer dah suh upload semua, dapat la chop. Boleh main spin and win tu. Kitorang memang suruh sue yang spin since budak ni tangan bertuah. Aku ngan dila dah usya-usya hadiah sambil acah-acah pegang grand prize tu. Hahaha. Spin punya spin sampai la no.8. Organizer check, tetiba dia plak macam speechless. Yang aku ngan dila ni dah sibuk nak tgk gak file dia.

Pastu organizer cakap, kitorang dapat Grand Prize. Voucher travel RM1000 tu. Hahahaha. Memula tak caya. Duk serious? serious? tanya organizer. Then diorang cakap ha ah. Waaahhh. Terus berangan masa tu nak pergi sana sini. Excited.

Of course nama voucher tu nama sue la since dia yang spin. Tapi aku ngan dila yang beriya plan. Kata kalau sue sabotaj guna voucher tu sorang-sorang kira putus persahabatan laa gitew. Over. Hahaha


Rezeki. Dari saja-saja, haa amik kau. Lepas tu lepask Cafe Benne duk guna voucher 20% diskaun tu. Masing-masing makan ngan minum sampai naik sengkak perut.

Apapun, terima kasih Allah bagi kami rezeki ni. Memang kitorang berempat ada niat nak holiday sama-sama pun. Walaupun Azyan tak join petang tu, dia tetap ada dalam plan. Hehehehe.

Bersama hadiah kemenangan bersama :p

Hanbing Korean Dessert Bangsar


http://www.hanbing.my/

Kitorang ni bab makan, habaq la celah mana pun. InsyaAllah sampai. Tapi jarang la kalau nak pergi tu kedai-kedai yang baru nak up. Orang sure ramai. Kitorang pergi kedai-kedai yang best tapi rare. Hahaha. Yang penting tak hipster sangat.

Biasanya sebulan sekali atau dua bulan sekali memang ada perjumpaan makan-makan ni. Kitorang akan buat tour pergi makan je. Dengan bajet RM50 sorang. Lepas google-google ternampak lah Hanbing Korean Dessert ni. Haihh.. takleh ngan korean-korean ni, automatic terus annyeong haseyooo.. food juseyo... hahaha.

Location dengan dengan bangsar Village. so kitorang suggest pergi park kat bangsar village la senang. tapi kalau ada rezeki nak park tepi-tepi kedai tu. Syukur Alhamdulillah. Tapi tak jauh pun kalau korang park kat bangsar village. Parking pun RM5 eh, ke 2 ringgit je.

Kat sini speciality dia of course laa bingsu. Shaved Ice ni kan. Kalau kat sini, kita panggil ABC. Tapi yang ni sbb milk ice.. so lembut-lembut je rasa dia. Dan kitorang order gak spicy chicken dia ngan tteoboki. Food dia overall best. Sedap la. Price pun okay la. Cuma kalau korang nak order yang individual set dia tu, kalau jenis tengah lapar ngan kuat makan..mmg tak berbaloi. Sebab individual set tu alahai comelnya.

Kitorang order ala carte. Portion dia besar dan boleh tahan.


Classic Topokki - sedap jugak. tak muak. pedas-pedas manis.

Injeolmi Red Bean Snow Ice
Bingsu ni sedap. Sebab rasa kacang-kacang lepas tu ada tteoboki.

Dumplings - Fried Mandu - sedap. Cuma masa tu inti dia mcm cold sikit. But still sedap.

Korean Spicy Fried Chicken - pedas-pedas manis. Ada almond flakes.

    Address: 33, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Tuesday 29 December 2015

Grella's , SS19 Subang Jaya

Hari tu lepas carik baju sekolah adik kat Subang Parade, kononnya nak ajak makan kat Manhattan Fish Market tu, kan ada yang King Crab ke apa tu. Pastu budak kecik tu takmo plak. Dia tu pesen nak makan makanan dia je.. spaghetti, chicken chop.. tu je. Takmo langsung try makanan lain.

Pastu sama-sama merajuk. Hahahahaha. aku pun merajuk. Dan sebab aku yang drive, aku tanya dia nak tak makan kat Grella's. Mau dia taknak, kira tempat favourite dia gak la.

Amazingly, orang tak ramai. parking kosong lagi. Maybe kitorang gi dalam kul 5.30 macam tu. So lepas lunch belum dinner. Sampai sana, adik aku biasalah.. spaghetti bolognese dia. Aku, mama ngan abah decide nak try OMG - Optimus Mixed Grilled. Sebab ada ayam, daging, kambing, telur, coleslaw, mashed potato ngan hot dog.

Okay, memang puas hati order ni. Kitorang share je. Boleh la portion tuk 2-3 orang. Berbaloi. Yang mana jenis suka ratah-ratah tu, sesuai sangat. Tapi kat sini so far food dia memang sedap-sedap. Grilled chicken dia sedap. Sangat!

OMG - Optimus Mixed Grilled RM49.90 . Must try!
so boleh la try kat Grella's ni. Sedap. Price pun affordable. Kedai dia tengah-tengah tau.

    14, Jalan SS 19/6, Ss 19, 40150 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Boyfriend baru, semangat baru 2016

*flip tudung* 

Gigih nak mendapat calendar budak ni. Yang triplets tu calendar 2015. Tapi rasanya tahun 2016 Song Appa tak buat calendar kot. Dan dengarnya bebudak tu pun nanti tamat bersiaran dengan TROS T_T

Jadi kebetulan baru-baru ni ada boyfriend baru kan. Jadi semangat la sikit. Muahahahha. Gigih tau demi nak bersemangat sempena tahun 2016 ni beli calendar boyfriend baru ni. Kalau memikio harga calendar sekeping ni memang ler boleh makan rumput. Sumber inspirasi beb.

Akhirnya. boleh tatap muka boyfriend hari-hari. Awww...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaaaaaaaa~~
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Yang ni mintak hug ke acaner? :p

bwahahahahaa. Sedarlah wahai diri. 2016 umur kau dah 32 :))

Kerja untuk cuti

Assalamualaikum!

Ya.. aku cuti straight dari Rabu 23hb tu sampai semalam 28hb. Hehehe. Tak pergi mana pun, ade je kat rumah. Tapi tak mereput la, Alhamdulillah ada plak orang order kan. So amik je la since tak pergi mana pun. Jalan pun dekat-dekat je, beli baju sekolah adik, gi makan. Dan sewaktu dengannya.

Pagi sabtu tu ada orang order Bihun goreng semua. Sempat lagi. hehehe . 

Sabtu tu je macam ada planning sikit, pergi Petrosains. Memula plan macam nak naik LRT, tapi tengok kat website macam payah je dari LRT nak naik ke KLCC tu. Adik aku kan pakai wheelchair. Nak call Rapid KL tak dan. So nanti aku survey.

Park je la kereta kat KLCC tu. Dah pi beratur beli tiket apa semua, tu pun ada isu sikit sebab kalau ikutkan tak payah beratur beli tiket tu, diorang boleh assist since ada family member pakai wheelchair kan. Itu keistimewaan hak yang diorang ada.

Ni nak habaq la, mana yang baca ni kan... kalau korang ada kad kebajikan atau OKU atau ada family yang OKU/ naik wheelchair..please..please..gunakan kemudahan dan keistimewaan yang ada. Dari tempat parking sampai laa mana-mana yang korang nak pergi. InsyaAllah orang-orang macam ni diorang akan bagi keistimewaan. Macam takyah beratur beli tiket, takde que lama. Tapi korang kena deal dengan petugas2 or staff yang berkenaan. Jumpa diorang direct. Diorang akan bantu k. Jangan sebab ada family member yang pakai wheelchair kita rasa susah.. no no.. dengan ada diorang insyaAllah Allah mudahkan jalan kita.

Lepas dah setel tiket, pi la makan dulu kat RASA. Okay la, not bad.. aku rasa dulu mahal kot. Sekarang okay laa price dia. Food2 pun okay. Dah lepas tu pi solat kat Surau KLCC area Concourse. Pun selesa, surau besar.

Tiket pukul 2pm masuk petrosains and ada orang guide untuk ke ekpress lane. 3 jam jugak la masuk dalam tu. Aku amik combo tiket sekali ngan Illusion. Yang illusion tu okay la.. menarik. Dia macam exhibition hall je gitu.

Dah tu balik, tapi terkejut akak parking kena RM22. hahahahaha. KLCC kottt. Lupa. Pastu konon nak gi makan. Sekali semua dah penat. Last-last malam tu order pizza ngan kfc je. Hahaha.

Wednesday 23 December 2015

Ragam anak-anak

Ramai tau aku ni pencinta kucing. Gila kucing pun ya jugak. Sampaikan aku boleh cakap ngan kucing. Tapi tu normal la kalau yang memang cat's lover ni. Macam memahami gitu kan..

Kat rumah ni dah tinggal bertiga je bebudak gemok ni, ni la buah hati pengarang jantung. Balik kerja carik diorang dulu, pagi2 bagi diorang makan dulu. Kadang-kadang balik keje, aku tanya "manse, kiwi, brian dah makan belummm...?"

Sekali abah jawab. "Diorang dah makan tadi." 
Aku , "oh..okay"
Abah , "abah lom makan. ce buat air nescafe sket"

Hahahahahaha. Aku memang pesen gitu. Pernah ke

na marah ngan pakcik aku sebab aku gi bagi kucing makan dulu, aku ni tak makan-makan lagi. Aku ni bukannya apa, kena bagi bebudak ni makan dulu. Jadi time aku makan, takde la diorang nak bising... psychology beb.

Since dah 2 ekor kucing aku hilang sebab ingatkan merayau, tapi lama sangat tak balik. Sekarang ni, pantang hilang 10 minit kitorang dah buat gerakan mencari. Beriya jerit-jerit kat luar macam tarzan. Tengok-tengok semua membuta kat atas. 

Ni sekarang kat office, aku standby kibble je dalam kereta. Ada 3 ekor kucing kat sini. Dulu kemain jual mahal aku panggi. Sekarang ni, nampak ke kelibat aku ke kereta aku dah standby tunggu aku kat parking. Kekadang tu aku lupa bawak kibbles, duk pujuk macam orang gila cakap ngan kucing. Time rasa bersalah tu, aku dah punch card keluar balik gi carik kibbles ke kat kedai runcit takpun beli laa ayam seketul ke. Hahahaha. I kenot. Rasa bersalah menebal.

Ni antara stray cats kt office. Lari-lari dia bila nampak kita datang. Macam mana tak rasa bersalah kalau xde makanan.

Ni nanti aku cuti lama, ingat nak pass kibbles kat guard, bagi kekucing tu makan. Huhuhu.

Ni Manse. Bawak dalam baby carry. Masa ni nak pergi vet. Sebab brian dalam carrier. Hahahah. Muka horror je stress =))

Budak Bryan ni cepat betul adapt. Manja. Dah dapat lesen tidor dalam rumah.

Ni kak kiwi demok. Favourite tengok tv, tengok bola. Paling manja, tapi kuat cemburu pun ya jugak.

Tuesday 22 December 2015

Cuti nak gi mana?

Esok aku start cuti. Kononnya asal amik cuti sebab plan nak balik kedah pastu nak masuk langkawi. Tapi memikirkan yang public holiday berderet, lepas tu plak hujung tahun kompen jalan jem kedaung.

Aku ngan abah yang biasanya akan drive, kitorang dah start rasa rimas. Hahahaha. Weyh, pernah stuck 8 jam kot dari perak balik shah alam. dengan hujan lagi, terus rasa serik. Nak balik kampung naik flight, tiket mahai la plak. Yer la. Cuti kaann.

Last-last pujuk adik, cuti kat KL-Shah Alam ni je la. Makan-makan ke, nengok wayang ke gi Petrosains ke. Aku suka nau nak gi Petrosains. Sebab ada tempat baru yang illusion ke menda tah. Macam best je. Gi KLCC naik train. Wow~~

Ni pun aku duk usya-usya trivago, kot ada hotel memurah area melaka. Ada la.. tapi next week. This week macam sold out semua. Ingat kot nak bawak budak kecik tu mandi swimming pool ke mende ke. Makan ikan bakor ke, naik cruise ke kan. Kemain berangan. Kalau dapat orang tu jadi order tuk xmas ni boleh la..kalau asyukkk. Hehehe. Kalau xde, duk dendiam tunggu gaji hari Sabtu.

Kalau ada tanya aku meniaga lagi ke tak, ya masih. Cuma aku malas update je. Hahahaha. Tapi kadang-kadang tu ada aku tolak sebab aku nak rehat. Penat weyh, balik keje tak dan mandi apa duk membasuh ayam kekadang. Demi mencari rezeki.

Tapi ari tu sembang ngan member. Syukur jugak laa ada side income ni, kalau xde... mau aku tuang air je ganti petrol kat saga aku tu. Ni boleh laa buat-buat topup mana yang patut. Hari tu dah setel dah hutang MMU sebeban. Lega. Ni nak setelkan PTPTN plak. Duk sibuk citer ni up balik ni. Actually aku dh start bayar, cuma kebelakangan ni stop kejap sebab insufficient budget :p

And untuk berniaga ni, aku berkeras tak nak amik loan ke or apa2 agreement. Seksa weyhhhh. Baik bermodal sikit2 dari berhutang. Huhuhu.


****
sebut pasal berniaga ni, aku lupa nak kena renew license company bulan depan. huwarghhh~~

Monday 21 December 2015

Hello Kitty Gourmet Cafe , Sunway Pyramid

Since tengah rajin update blog ni kan, aku tak sure sangat tarikh melawat Hello Kitty Cafe ni. Tapi yang pasti kejadian dalam bulan November 2015 macam tu.

Actually impromptu event pun. Saja nak lepak. So janji dengan suereya jumpa kat pyramid. Kitorang ni ada geng jalan-jalan cari makan. Ada 4 orang ahli. Hahaha. So yang ni saja-saja je. 

Location Hello Kitty Cafe ni adalah satu level dengan Cafe Benne. Kiranya dekat dengan Orange Gate. Cafe ni kat luar bangunan. Kiranya dari Entrance luar kat tempat teksi-teksi tu nampak la. Maknanya korang kena keluar pintu orange tu, ke kanan. Nampak la seketul bangunan comel Hello Kitty kat situ.

Masuk-masuk je, waiter tanya nak Hi-Tea ke Coffee and cakes. Kitorang tanya, hi-tea tu makan apa. So dia tunjuk menu set tu. Tak pandang pun menu, tapi tengok harga buffet tu. Tolak campur dalam RM100 la untuk 2 pax. Belum masuk GST lagi. LOL. So macam buntang masa masing-masing. Hahaha. Amiklah kami ni coffee and cakes saja.



Dah pilih seat semua. Tengok menu. Harga coffee and tea/drinks dia pada aku standard cafe la. Dalam RM13 - RM18 macam tu. Cuma yang harga cakes/macaron tu taktau nak gelak ke nak nangis. Hahaha. Satu potong cake dalam RM21.50. Macaron RM10 lebih kurang. Ya, untuk seketul.

Tapi cakes korang pilih kat kaunter. So kitorang amik Hazelnut Mousse ke apa nama tak ingat. Sambil membayangkan plating ade HK decoration kan. Tapi hampa gak, kecuali ade coklat cop HK kat situ :p

Cafe Latte


Coffee dia pun sama. Aku bayangkan ade HK latte art. Pun hampa. But nasiblah coffee dia sedap. Oh, cake tu kitorang amik satu je eh. Share. bwahahaha.

Cake RM21.50


Overall, dari segi environment memang comel. Tenang dan cute je rasa. Ada laa patung hello kitty besar dalam tu buat tempat korang nak amik gamba. 

Sue's watermelon/strawberry tak sure apa nama
Coffee pun okay-okay la. Nak kata coffee dia sedap sangat sampai pejam-pejam mata tu tak. But okay la sedap diminum. Cake pun so-so. Hehehe.

Tapi nice place nak lepak-lepak fefeeling anak orang kaya. Hahaha. It's a nice place ^_^

Total around RM60
Hello Kitty Cafe, Sunway Pyramid (outside Cafe Benne)
Lot 083.F.6, Oasis Boulevard, Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS11/15, KUALA LUMPUR, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Travel by Air Asia KLIA2 - Kemudahan OKU

Awal bulan Disember hari tu, kan ada 8th Asean Paragames kat Singapore. Mama jadi committee. So memang stay kat sana. Aku, abah dengan adik pergi sana balik hari. Tapi kitorang naik flight je.

Kebetulan bukak Air Asia tengok flight murah pergi Johor. Terus booking. 3 orang dalam RM300+ which is murah and jimat masa. Dari nak drive. Actually pergi direct flight ke Singapore terus pun murah. Tak check in bag sebab sekejap je kan. Aku ni macam biasalah risau bab wheelchair adik aku je nak naik flight ni sebab dia pakai yang jenis battery.

Flight pagi pergi KLIA2 . Sebelum tu macam biasa dah buat web check-in. Sampai-sampai sana, ingatkan kena pergi kaunter rupanya tak payah kalau dah check in. Tapi kalau ada barang /bag nak check in kena pergi kaunter. Dah setel, terus masuk balai berlepas. Pun Alhamdulillah senang. Naik lift semua. Kitorang dah breakfast kat rumah, so just belikan adik roti ngan kek buat alas perut.

Sambil tunggu tu, crew Air Asia bagi priority yang pakai wheelchair masuk dulu. Kebetulan hot seat ada kosong, so diorang arrangekan hot seat. Kalau tak seat belakang. Flight gi Johor kejap sangat. Tak sempat nak lelap. Hahaha. Which is sangat convenience. Kalau tau best macam ni, balik kampung naik flight je.

Sampai kat Senai, pak ngah amik hantar kitorang gi Larkin Sentral. Naik teksi nak masuk singapore. Sebab adik aku pakai wheelchair kan, naik teksi senang. Kalau yang biasa macam kita ni aku suggest naik bas (murah dah tak jem). Atau naik train.

Teksi kat Larkin Sentral ni ada beberapa jenis .
1. Teksi Johor hantar dari Larkin - Woodlands
2. Teksi Johor hantar dari Larkin - Queen street/ Rochor (Singapore) - Plat Johor (RM80 satu teksi)
3. Teksi Singapore hantar ke mana-mana je korang nak pergi dalam Singapore (No plat Singapore) (Lebih kurang SGD55 - sebab dia hantar ke destinasi pilihan dalam Singapore)

So boleh pilih. Kitorang amik teksi terus pergi OCBC Arena. Sebab senang. Balik tu kitorang amik teksi dari OCBC Arena ke Queenstreet/ Rochor (Tambang dlm SGD10) . Dari situ amik teksi balik Johor ke Tun Aminah terus dalam SGD65 . Kalau ke Larkin tambang SGD48 (fixed).

Beza naik teksi/bas ni adalah takyah nak turun naik cop passport. Yang tak best naik teksi adalah, mengadap jem.

Kitorang sampai Singapore tu pun dh dalam kul 1 lebih macam tu. Game tengah break. So ajak mama makan kat Kallang Square. Termasuk kedai vegetarian. Sebab ada logo Halal Singapore kan. Merasalah aku makan nasi ayam vegetarian. Hahahaha. Yang, tak kena kat tekak kita la kan. Dalam tu singgah 7E beli jajan.

Iced Tea. Okay la not bad :)

Chicken Rice. Yang chicken tu tahu. Hahahaha.

Petang tu lepak kat arena tu. Sebab nak jalan-jalan, kasut aku dah nazak nak tercabut tapak. Nak beli selipar baru macam tak berbaloi. So layan game pingpong. Malaysia dapat 1 emas 2 perak masa tu. Tapi team Thailand ngan Indonesia memang power la.

Adik tengah khusyuk tengok game.
Dah habis game, amik teksi dari ocbc tu ke Queen street. Tambang dalam SGD10. Then dari Queenstreet amik teksi ke Johor terus gi umah pakngah kat Tmn Tun Aminah SGD65. Tapi kalau balik Larkin sentral SGD48.

Tidur umah pakngah, esok tu balik KL naik flight Air Asia jugak. Service from crew, best. Takde insiden yang tak best. So far, Air Asia agak selesa jugak kalau nak travel guna wheelchair ni.

Tips travelling dengan user yang pakai wheelchair ni adalah :

1. Sampai awal and make sure before atau masa check-in kat airport tu informed crew bertugas yang kita ada passenger pakai wheelchair and need assist.

2. Dokumen penting macam IC , Kad Kebajikan kena bawak. Boarding pass pun jangan lupa.

3. Kalau normal wheelchair tak ada masalah. Tapi kalau motorize wheelchair makesure tau jenis battery apa yang digunakan. Sebab flight hanya akan benarkan untuk dry cell battery atau lithium sahaja. (Normally wheelchair memang pakai dry cell battery). Kalau ada surat/manual book wheelchair tu lagi bagus bawak. Kalau tak, boleh tengok label kat battery tu.

4. Untuk motorized wheelchair, sila bagi kerjasama dekat cabin crew untuk discharged wayar battery atau cabut battery tu. Follow the rules. Kebiasaannya wheelchair passenger ni sama ada dia masuk dulu atau masuk last sekali (duduk depan). So sila bawa bersabar.

5. Once dah settle dengan wheelchair passenger, wheelchair tu diorang akan angkat dan simpan dalam kargo. Dan nanti masa nak turun flight, kita akan turun last sebab diorang nak uruskan wheelchair tu naik atas kat flight balik. Again, bawa bertenang dan bawa bersabar.

6. Sebenarnya mudah je, kalau kita rajin bertanya atau beri kerjasama kat cabin crew atau staff-staff diorang ni.



Dear Air Asia, thank you for the great hospitality from your Cabin Crew 
8th Dec'15 - Flight AK6046 (KUL - JB)
9th Dec'15 - Flight AK6045 (JB-KUL)

And tak terlambat nak ucap tahniah to Malaysian Paralimpik Team for the 52 Golds ! :)

Saturday 19 December 2015

Tips Penjagaan dan Pemakanan Kucing

Tajuk taknak kalah! Hahaha.  Takdelah tips mana pun sebab aku ni jenis orang yang main redah mana senang je. Tapi nak share la sebab kadang-kadang orang datang rumah aku mesti tegur, kucing-kucing aku ni jenis sihat belaka. Gemuk la. Pastu bulu cantik. Padehal bebudak ni kucing kampung je, jenis yang datang mai mana tah, aku amik bela.

Ramai orang ingat aku kasi (sunat) kucing-kucing aku ni. Tapi tak. Yang jantan aku tak sunat. Yang betina je aku kasi-kan lepas beranak. Sebab tak larat akak ko ni nak jaga anak bebanyak. Tapi kalau rezeki Allah hantar tu aku terima je. Hehehe.

Memula sekali kalau ada stray cat ke apa yang mula berjinak-jinak nak meng'anak angkat'kan diri sendiri tu aku memang bawak gi klinik veterinar. Untuk check up. Kadang-kadang ya la, kucing jalanan kan. Dengan taik mata berselepat, hingus semua. Yang tu aku jaga sebab takmo berjangkit kat anak-anak (kucing) lain kat rumah ni.

1. Vaksin Kucing 
Bawak pergi klinik veterinar, biasa doctor check ada sakit apa-apa ke. Aku suka pergi specialist sebab doctor amik sample kurap dia ke, darah dia terus diagnos apa-apa. So senang. Tau nak buat apa lepas tu. Kalau semua okay, doctor akan bagi ubat cacing, ubat kutu, dengan vaksin terus. Kucing ni kena vaksin 3 kali ya. Selang sebulan berturut. Lepas dah habis yg ketiga tu selang setahun plak.

Tapi biasanya aku bawak bebudak ni check up 3-4 bulan sekali. Bagi ubat cacing, ubat kutu dan macam-macam lah. Kos kalau bawak gi specialist vet ni seekor kucing tak lari la dalam RM70-100. Tengok dia sakit apa. Tapi kalau vaksin je dalam RM70. Depends klinik mana. Ada klinik dalam range RM50 pun ada untuk vaksin.

Vaksin ni penting sebab nak bagi badan kucing tu kuat. Takde la kena selsema ke demam ke terus melarat. Aku pernah lambat bawak bebudak ni gi vaksin, kena demam terus dua sekali jalan. Lepas tu terus trauma. Apa-apa pergi vaksin dulu. Duit boleh usaha..nyawa diorang ni.. huhu.

2. Makanan Kucing (Biskut/ Kibbles)
Bab makan plak, anak-anak aku makan biskut dengan wet food. Biskut ni aku beli kat pet shop. Urmmm, aku cerewet sikit bab makan diorang ni. Biskut kalau boleh amik yang ada nama sikit la, mahal sikit tapi kalau betul-betul sayang kucing yang korang bela tu.. belanja la sikit untuk diorang :)

Banyak brand yang okay. Macam aku beli brand Nature's Proctection. Ni 2kg dalam RM55 , atau korang boleh beli range-range tu. Biasa aku amik yang ada olive oil (untuk bulu), grain free, less salt. Kibbles ni penting gak kena ada. Sebab diorang nak kruk kruk kan mengunyah. So memang kena ada. Aku suka amik kibbles yang comel-comel je biskut dia. Senang bebudak ni nak hadam.

Bukan tak suggest beli yang ade kat supermarket biasa tu, tp biskut-biskut tu banyak garam. Memang kucing suka, tapi kesian kat perut dia nanti. But, kalau tak cukup budget, okay la.. cuma siapkan bekas air. Sebab kalau makan-makan macam tu diorang kena minum air banyak.

3. Makanan Kucing (Homemade)
Makanan basah plak, dulu aku beli yang tin. Pelahap bebudak ni, tak larat nka beli dah. Satu tin 5-6 ringgit. Hahaha. Last-last aku buat sendiri. memula tu aku rajin la blendkan ikan ngan ayam. Tapi lama-lama jemu kot ke muak tak. Sekarnag ni aku beli dada ayam, ikan sardin ke tamban. Rebus.. pastu masa diorang nak makan tu aku siat-siatkan. Satu hari wet food ni aku bagi dalam 2-3 kali. Kena catu beb. Kang memboyak nanti.


4.Lain-lain 
Mandi.................. tak pernah! hahahaha. Aku tak pernah mandikan bebudak ni. Kecuali kalau diorang berlemuih sangat. Ntah, so far tak busuk pun. Sebab kalau gi vet doctor dah spray mende tah kat diorang. Balik tu bersih je bulus.

Aku ni dari berekor2 kucing sekarang tinggal 3 je. 2 hilang membawa diri. Kena redho :)

Siti Nur Kiwi
Yang oren - Leo Manse , yang kanan - Abdul Bryan.

Friday 18 December 2015

Virus

Aku ni boleh kata selalu jugak demam/selsema. Kalau kena tu bukan sikit-sikit, jenis melarat. Nak-nak sekarang ni, penat sikit demam. Hujan sikit demam.

Satu hal bila demam, jenis cepat je menjangkitkan orang lain. Hahaha. Tu yang mama selalu marah aku, kalau demam. Makan ubat cepat-cepat lepas tu pergi berhibernasi. Sebab kalau aku duk berpeleseran tu nanti kejap kang, adik aku kena. Lepas tu mama kena. Dan seterusnya.

Kadang-kadang kucing aku pun jangkit sama. Ubat diorang lagi mahal woo. Tapi dah sayang kan. Jenis aku plak, kalau teruk sangat baru aku hibernate. Tapi kadang-kadang tu rimas. Nak golek-golek. Dah tu suka peluk cium orang ke kucing ke. Habit kot. Hahaha. Tu yang kadang adik aku tak lama duk bersin-bersin.

Hari tu baca article mana tah, kata kalau imun tak kuat ni lepas tu makan apa pun tak jalan kiranya ada cacing bermaharajalela. Nak pergi pharmacy beli zentel tu tah bila la. Malas kedaung. Tapi kena beli. Nak hapuskan cacing-cacing tu. Mana tau boleh selim pas ni. Aww~

Cerita pasal harijadi, plan berderet ni. Orang-orang nak belanja. Terharu sangat. Hadiah dapat seketul handbag. Mama , abah ngan adik bagi. Aku suh diorang pilih. Last-last berkenan kaler hijau pucuk pisang. Adik cakap senang nampak kakak dari jauh. (Dalam makna dia tu. hahahaha) .

Mama sebelum tu tanya, aku nak kasut ke nak handbag. Aku cakap memana je la. Handbag pun okay, kalau kasut overbudget nanti. Mesti mama stress tengok anak dara dia ni jenis tak reti nak bergaya. Handbag pun takde, aku pakai bag kain je. Yang belen-belen seluar orang buat bag tu. Kasut pun nan hado. Aku ada selipar satu, sports shoes satu. Eh, tapi aku dah beli sneakers. Kirim kat kawan. Sandal memang takdo.

Ade la flat shoes, aku simpan kat ofis satu. Buat nak gi HQ ke kena pakai covered shoes kan. Kalau tak semedang aku belasah slipar je. Ni dah ade handbag cantik ni, terasa lah kewanitaan sikit. LOL


Cantik ;)

Wednesday 16 December 2015

Tiga Puluh Satu

Banyak benda nak buat.
Nak renew driving license.
Nak renew company license kat SSM.
Nak itu.
Nak ini.

Dan hari ni 16 Disember
Genap aku Tiga Puluh Satu tahun.

Masih survive sebagai gadis bujang.

Hahahaha
Tak kelakar.

Tadi ada lunchdate. Birthday treat. Dapat makan soft shell crab pasta. Lepas tu dapat brownies dengan ice cream. Terima kasih kawan. Terharu ada orang belanja besday2 ni. I wub u, chingu. By the way, nama yang blanje tu Nadia. Kenal dari twitter. Takyah nak speculate sangat.

Sembang-sembang. 2015 adalah tahun yang memenatkan. Penat pasal apa pun taktau. Dia hujung-hujung tahun ni jadi depression. Mood tak menentu hala. Jadi malas. Emo. Hati tisu.

Jenis pesen kalau gelak-gelak tu ko boleh nangis. Tahap kecelaruan emosi macam tu.

Kitorang harap 2016 memberi sinar harapan. Sekurang-kurangnya berjalan lah dengan lancar. Dan maybe 2016 nak travel. Jauh-jauh. Kalau ada duit. Hahaha.

Harapan tetap ada.

Gila weyh dah lama tak menaip blog macam ni. Feeling oldschool sangat.

Tuesday 15 December 2015

Duduk dalam kotak

Lately rasa macam diri ni hopeless. Umur dah meningkat tapi macam takde arah tuju. Tadi sembang ngan ex-rumet, merenung nasib apa laa nak jadi ngan kitorang ni. Hahahaha. Contribution nak bagi kat parents tu macam takde, selain kerisauan. Tatau apa yang parents kitorang nak banggakan dengan kitorang ni.

Nak bagi duit kat parents, diri sendiri pun cukup-cukup makan. Macam aku, nak bagi cash tu memang takde la sangat, kecuali hari raya. Cuma macam dapat gaji, laju-laju aku bawak family gi makan sedap-sedap. Aku kena bawak laju-laju sebab kalau biar memang kelaut gajinya.

Stress pasal kerja, tak stress mana pun sebab takde keje sangat. Dulu time wifi free melaju je aku godek macam-macam. Ni dah takde, aku menaip blog je la.. baru ni la baca blog yang lain. Hahahah. Perangai sangat.

Masa sembang ngan ex-rumet, dia cakap nak pergi kat tempat yang takde orang kenal dia. Aku pun sama. Aku nak pergi macam pergunungan ke.. ataupun tempat yang aku tak paham bahasa dia, dia tak paham bahasa aku. Macam russia ke, korea ke, jepun ke, cambodia ke . :p

Tapi, tak mampu. Sebab kitorang ada parents. Ada family. Anak sulung lagi, so walaupun nampak macam takde buat apa-apa, tapi aku rasa aku ada tanggungjawab aku sendiri.

Entahlah, doa yang baik-baik aja. Semoga hidup ada matlamat dan tujuan.

Walaupun kadang-kadang rasa nak duduk je dalam kotak atau bawah meja!

Wednesday 21 October 2015

[MV] Kim Dong Wan - I'M Fine

Love this concept. Love the melody and lyrics. And it's soothing.
Sayang Oppayam :)



English Translation:
I pick out any clothes, but not what you’ve chosen, to wear
Look at the mirror, I’m completely used to my haggard looks


Although I do kind of miss you nagging at me to take care of myself
I will bear with it alone


I dress half-heartedly, I eat half-heartedly
I spent my day half-heartedly, just living like that
Although I’m occasionally emotional at the thought of you, don’t worry, I’m fine


The empty space that you were at, I have to fill it somehow
I go crazy with exercising, I spent my time busily so I can’t think of anything else


The movie we’ve watched together, it’s more comfortable to watch it alone
Looks like I’ve found back myself from a long time ago


I dress half-heartedly, I eat half-heartedly
I spent my day half-heartedly, just living like that
Although I’m occasionally emotional at the thought of you, don’t worry, I’m fine


To be happy, to only look ahead, since I’ve promised you these
I will try keeping to it, even if I’d rather die
Although I’m occasionally crushed at the thought of you, don’t worry, I’m fine


Alone, I desperately try to smile, alone, I breathe crazily
Alone, no matter how I try to live, I am not happy


Alone, I try to be dead drunk, alone, I go anywhere
Even if I try looking for another girl, who isn’t you, I don’t like her at all
Even so, I will try, no matter what I become, don’t worry, I’m fine

Lyrics translation by : malpabo.tumblr.com/

Romanization 

niga gollajun osi anin
amureon oseul ipgo
geoureul bwa sucheokhaejin nae moseubi
jebeop iksukhaejyeosseo
neoui mom jom chaenggiraneun jansoriga
geuripgin hajiman
honja kkuk chamgon hae
amureohgena daechung oseul ipgo
amureohgena daechung babeul meokgo
amureohgena daechung harul ttaeugo
geunyang geureohge sara
ni saenggage gakkeum ulkeokhajiman
geokjeong ma naneun gwaenchanha
niga issdeon binjaril mworado chaewoya hae
undonge michyeobwa ttan saenggak mot hage
bappeuge jinaegon hae
duri bodeon yeonghwal honja boneun iri pyeonhae
geu yesnal yejeon nae moseup chajeun deushae
amureohgena daechung oseul ipgo
amureohgena daechung babeul meokgo
amureohgena daechung harul ttaeugo
geunyang geureohge sara
ni saenggage gakkeum ulkeokhajiman
geokjeong ma naneun gwaenchanha
haengbokhaehagiro apeman bogiro
neowa yaksokhaesseunikka
jukgiboda silheun yaksokdo
mworado jikyeobolge
gakkeum ni saenggage muneojijiman
geokjeong ma naneun gwaenchanha
na honja gireul sseugo useobogo
na honja michin deusi sumeul swigo
na honja eotteohgedeun sarabwado
haengbokhajiga anha
na honja jugeul deusi chwihaebogo
na honja eodideunji tteonabogo
neo anin dareun yeojal chajabwado
hanado johji anha
geuraedo na mwoga dwaessgeon haebolge
geokjeong ma naneun gwaenchanha


ps: Remember to play his MV to increase mv counts and delete ur browser cookie after u finish no autoreplay - msg copy paste from SHCJ_Indo

Thursday 10 September 2015

Promosi : Tempahan Makanan untuk Hari Raya Haji (Aidiladha) 2015

Assalamualaikum semua.

Seperti yang sedia maklum, kita bakal menyambut kedatangan Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha dalam beberapa minggu ni. Oleh yang demikian, kami WM's Kitchen akan membuka tempahan khas untuk hidangan sempena Hari Raya Haji ni.

Butiran adalah seperti berikut :

1. Tempahan dibuka 7 September 2015 (Isnin) hingga 20 September 2015 (Ahad)
2. Delivery tertakluk kepada keadaan.
3. Food delivery (tertakluk kepada keadaan) sehingga malam raya 23 September 2015 (Rabu) . Pick up sehingga pagi raya 24 September 2015 (Khamis)
3. Deposit/ bayaran penuh untuk setiap tempahan.

Dan kami ada berita baik....

Sempena Hari Raya Haji ni, ada harga promosi untuk menu raya.



Rendang Ayam/Ayam Masak Merah 1 ekor RM30 (sebelum RM35)
Rendang Daging 1 kg RM50 (sebelum RM60)
Roti Jala 100 biji + Kari Ayam & Kentang (1kg) RM60
Sayur lodeh (lontong) + nasi impit  RM4 per pax
Sayur lodeh (Lontong) + nasi impit + sambal sotong RM5 per pax
Kuah Kacang RM18 (1kg)

*Menu lain dibuka seperti biasa*

*harga tidak termasuk delivery

Tawaran sah bermula untuk tempahan 7 September - 20 September 2015 sahaja! ^_^

Dan untuk makluman, WM's Kitchen akan bercuti pada 25-28 September 2015. Terima kasih!

*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee / @wmbywaniemaya

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Link : Cara membuat tempahan dan bayaran 

Terima kasih.

xoxo,

Abah turns 60

Selamat Hari Jadi yang ke 60 , Abah! ^_^


Aku ni banyak ikut perangai abah. Jenis kalau tak kenal, orang kata kitorang sombong. Dah kenal, orang kata "gila" hahahaha.

Malas nak sembang banyak, kami doakan semoga abah panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup sentiasa diberkati Allah swt. Amin :)



Tuesday 8 September 2015

WM's Kitchen : Popia Otak-Otak Frozen Shah Alam (Limited stock : Pre-Order)

Assalamualaikum semua,

Kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati. Sempena Hari Raya Haji yang bakal tiba ni, kami nak balik kampung kami kat Johor, jadinya kami nak buka order untuk siapa-siapa yang berminat nak beli Popia Otak-otak Kempas frozen yang InsyaAllah dijamin kesedapan dia.


Satu pack 30 biji
Harga : RM16.00

Delivery charge : 
RM5 (Shah Alam/ Subang Jaya) 
RM10 (Puchong/ PJ/ Putrajaya/Cyberjaya/Bukit Jelutong/Setia Alam)
RM15 (Lain-lain kawasan lembah klang)

Pick up & Delivery pada 28.September.2015 (Isnin) - Serentak

Tempahan dibuka 8.September.2015 hingga 13.September.2015

Bayaran penuh untuk yang membuat tempahan. Bayaran akan dipulangkan kalau dah out of stock.

Sila Whatsapp/SMS butiran berikut untuk tempahan :
Nama :
Alamat:
No telefon :
Jumlah order :

Payment method : Online transfer/ Cash Deposit.


Untuk maklumat lanjut :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee / @wmbywaniemaya

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Link : Cara membuat tempahan dan bayaran 

Terima kasih.

xoxo,

Wednesday 2 September 2015

Resipi Homemade Cat Food (Makanan kucing buat sendiri di rumah)

Poyo tak tajuk? Hahaha. Sekarang ni aku gila google resipi buat wetfood untuk kucing. Harap maklum, ada 3 anak-anak kat rumah ni. Dulu ada empat, tapi Sarah Bear tatau pergi mana dah T__T

Tiga-tiga anak aku ni kuat makan. Cerewet pula. Actually dulu diorang tak cerewet pun, aku la ajar makan wetfood yang payah nak jumpa. Sudahnya macam friekies ker, whiskas diorang taknak dah. Tapi urm, actually kalau nak kucing sihat bulu cantik memang kena berkorban wang sikit beli makanan yang elok-elok. :)


Sebab sekarang currency kita macam sendu sikit kan, kat petshop dah bagitau barang akan naik. Sebab mostly imported. So akak redho lah. Pastu terjumpa resipi makanan kucing buat sendiri.


Simple je


Ikan (ikut la nak sardine ke, kembung ke tenggiri ke siakap ke - ikut kemampuan)

Sayur labu (agak-agak la dalam sepotong macam tu)
Carrot sebatang

Macam biasa, buang isi perut ikan tu, cuci bersih-bersih macam kita nak makan. Pastu sayur tu pun cuci bersih-bersih. 


Masuk semua tu dalam pressure cooker (periuk tekanan), air sikit je. Biar masak dalam 10-13 minit.


Kalau takpun, rebus je semua tu dalam periuk. Agak-agak labu ngan carrot tu empuk. Sebab lepas tu kita nak blend.


Okay, if pakai pressure cooker, boleh blend sekali dengan tulang-tulang sebab dia dah lembut macam sardine dalam tin tu.


Tapi kalau rebus guna periuk biasa, dinasihatkan buang tulang besar tu. Kang tercekik plak bebudak tu. If taknak blend nak lenyek-lenyek je pun boleh. tade masala~~


Tapi sekarang ni aku tengah fikir nak tukar menu apa lak. Bebudak ni cepat jemu. Huhu. Ayam aku tak galakkan sangat. Tapi boleh je. 


***Update Resipi setelah beberapa kali buat**

Resipi 1 :
Ikan Kembung
Labu
Carrot

Resipi 2 :
Dada ayam (2 ketul)
Carrot
Ikan bilis (dalam segenggam kecik)

Resipi 3 :
Ikan tamban
Labu

Resipi 4 : 
Ikan Sardine
Labu
Carrot

Resipi 5 :
Dada Ayam
Hati ayam
Labu
Ikan bilis

Resipi 6:
Kaki ayam
ikan bilis
Carrot
Labu

Cara dia semua sama je. Basuh bersih-bersih semua tu, masuk dalam pressure cooker, masak dalam 13-15 minit. Toskan, tapi amik air rebus tu dalam 1 cawan, kisar semua sekali. Masuk dalam tupperware, masuk dalam peti ais. Tahan untuk 2-3 hari.

Kalau nak buat banyak-banyak, masuk dalam tupperware, masuk dalam freezer. Masa blend tu korang boleh campur dengan vitamin/supplement tuk kucing. Ni optional. Hehehe.

Kibbles (biskut kucing) diorang makan gak. Aku campur-campur beli brand Fish4Cats, Iams , Blackwood. Yang fish4cats tu aku amik yang pack kecik sebab nak campur-campur ngan Iams/Blackwood.



Rupa paras setelah di hancur kan

Cik Kiwi ngan Manse tengah menjamu selera. Phillip merayap masa ni. Tapi pagi tadi dia nak makan. Okay pass!
Okaylah, nanti free aku citer pasal manse ni. Dia ni pelik sikit, drama betul. Btw, kucing-kucing aku semua asal stray cat yang datang rumah lepas tu aku bela :)