Thursday 27 August 2015

Jeonun, Wanie Imnida

Keep calm and stay weird. Tagline baru. Takde la baru mana pun, kat IG aku pakai tagline tu jugak. Semalam aku MC. Serangan mild gastric kembali, lepas tu aku tak tahan kaki kanan ni berdenyut-denyut.

Urat bengkak/soft tissue koyak. Sebab kadang-kadang okay, bila aku diri lama je mula jadi balik. Hari tu dah baik sekejap, lepas urut. Malam sebelum tu aku tersadung carpet, terus malam berdenyut-denyut. Tak tahan , pagi semalam amik MC. Tapi doctor tak boleh bagi pain killer, sebab aku gastric kan. So dia bagi paracetamol je. Huwaaa.

Ingat nanti nak mintak pain killer sikit.

Pastu semalam aku terfikir, kalau kerja sendiri mana ada MC. Kalau ada order kena jugak la aku siapkan. Hahahaha. tu la pros n cons kerja sendiri. Tak benda senang beb. Semua ada kos lepas.

Tapi Alhamdulillah, tadi dah selesai satu bab hutang belajar aku kat MMU dulu. Lega, satu beban lepas. Ni duk usaha nak bayar pitipitien plak. Wuwuwuw. Pelan-pelan kayuh na.


Tuesday 25 August 2015

Kehidupan

Sebelum tu, Innalillahi wainnaillahiroji'un. Semalam nenek kepada cousin aku, ibu mertua kepada makcik aku telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para solihin. Amin.

Message whatsapp masuk malam tadi rupanya, tapi aku dah tidur awal. Sedar-sedar pagi, battery pun kong. Kira macam tau news tu lewat sikit pagi tadi.

 InsyaAllah kalau takde apa-apa, kejap lagi pergi ziarah. Family pakcik aku ni semua baik-baik, ingat lagi masa arwah pakcik aku meninggal, adik beradik dia datang. Siap bawakkan roti dengan air kotak bekal untuk orang-orang yang datang ziarah.

Betul la orang kata, orang berbudi kita berbahasa. Orang buat baik, akan dibalas kebaikan.

***********
Lately, aku jarang berada di media sosial. Kecuali FB la. Tu pun sebab kawan-kawan ada kat situ, pastu aku selalu update kat WM's Kitchen. Twitter, bila aku ada kat office je la. Sebab aku tak suka sangat scroll pakai phone. Ada yang tanya, mana aku pergi senyap. Tak senyap mana pun. Aku busy kat dapur. Orang call pun aku tak angkat.

Aku ni boleh multitasking. Tapi kalau ade phone call ke apa aku tak boleh nak focus. Sebab tu aku bagitau customer apa-apa just whatsapp aku, nanti aku reply. Kalau call aku pun tak guna, sama ada aku tak jawab ataupun aku taktau nak jawab apa. Hehehe

La ni, sembang ngan member-member pun pasal business je. Alhamdulillah, ada few kawan-kawan aku yang more on business. Ada yang memang full time business sendiri. Aku ni je terkedek-kedek lagi.

Nak sembang macam-macam perangai customer. Kelakar pun ada, geram pun ada. Tapi adatla berniaga kan. Pengalaman semua tu.

Cuma satu aku perasan kalau business sendiri ni. Kita akan ada lebih masa untuk Allah. kenapa aku cakap macam tu, sebab kita flexible. Nak dhuha ke, nak apa ke tak de yang kisah. Kita free je nak buat bila-bila kat rumah sendiri. Motivasi aku sekarang adalah nak solat awal waktu. Aku busy macam mana pun, nak berhenti buat kerja and solat. Kena istiqamah.

Okaylah, abah dah call cakap nak gerak pi Kuala Selangor.

bye!

Friday 21 August 2015

Set alarm

Selalu orang tanya aku, kalau ade order time kerja, or order pagi aku masak bila. Malam ke? Secara jujurnya, aku jarang masak malam. Kecuali masakan tu jenis yang memang boleh tahan lama. Macam sambal ke, kuah kacang ke, rendang daging ke. 

Kalau macam rendang ayam atau kari-kari ke nasi ke aku masak pagi. Pagi tu dalam pukul 3am. Paling lewat pun aku bangun 4.30 atau 5am. Itupun macam benda nak tumis ke apa ke, aku dah siap-siap potong / blend masuk dalam tupperware masuk peti ais. Kalau macam ayam rendang tu aku dah goreng siap-siap.

Ada orang kata tak real la goreng ayam rendang. Tak sedap. Pada aku real tak real, aku nak jamu orang makan kena yang boleh tahan lama. Sedap tak sedap tu terpulang kepada cara kau olah perasa makan. Oh, aku tak pakai ajinomoto mahupun sebarang MSG ataupun cukup rasa. InsyaAllah , sedap. Yang penting confidence balance penggunaan gula dan garam.

Dulu-dulu aku jenis set alarm sekali dua. Maknanya macam aku nak bangun kul 4 aku set 3.30 ngan kul 4. Tapi terbabas. Kebiasannya. Sekarang kalau kata aku nak bangun kul 4 aku set alarm dari 3.15  - 3.30 -3.45 - 4.00 - 4.30 . 
Macam ni.
Kenapa ada terlebih. Tu emergency, kadang-kadang ko akan terlajak tidor kalau dah letih sangat. Hahaha so, aku ada waktu kecemasan kat situ. 

Tu time bangun, kalau tidor lak aku set KENA tidur sebelum kul 12. Tu waktu paling last. Lepas kul 12 aku kena stop mana yang aku buat, aku pi tidur. Tak atas katil aku lelap kat sofa. Janji tidur. Sebab kalau aku terlepas waktu sepatutnya, mata aku takleh nak tidur. Bila takleh tidur aku start pening. Nak tidur balik pun dah terlambat.

Macam tu la rutin aku sekarang. If time kerja aku amik order untuk pagi-tengahari je. Kira delivery start 9-11am . Kalau weekend aku amik sampai petang. Tu pun tengok keadaan.

Yang penting istiqamah. Niat kerana Allah. InsyaAllah Allah tolong kita.


Tuesday 18 August 2015

Semangat

Dulu-dulu lepas masak je mesti aku curik-curik nak amik gamba, lepas tu update kat IG. Sekarang nan ado. Lepas masak je packing, bergegas untuk delivery. Aku rasa nak set time balik, nak adakan masa untuk amik gamba hasil masakan. Kalau bebudak runner ni tak amikkan gamba tu aku, maknanya, nan ado la gamba. Hehehe.

Alhamdulillah, musim-musim lepas raya ni still ada tempahan. ada yang office masih buat jamuan raya, ada order breakfast set, birthday party. InsyaAllah akan buat yang terbaik. :)

Semoga Allah berkati rezeki-rezeki yang aku dapat ni.

Monday 17 August 2015

Penunggu.

Minggu ni bebudak office ni pergi rally kat Johor. Macam biasa time-time macam ni aku jadi penunggu office. Atau lebih dikenali sebagai tukun. Hahahaha. Dulu-dulu ikut la, tapi sejak dua menjak tiga menjak ni aku tak join sangat. Bukan taknak eh. Tapi dulu aaaaa.. ade pihak2 tertentu tak bagi aku ikut. Eh, OT pun dah lama aku takleh buat tau. Sadis tak?

Nasib baik la ada kegiatan sampingan ni. muahahaha. Alhamdulillah, rezeki tu Allah yang punya. Satu pintu tertutup, Allah bukak pintu lain. Nak ngan taknak je ko tolak pintu rezeki tu.

Boleh katakan aku rajin upload blog sana dari kat sini la. Sebab macam malas nak tepek gamba 2-3 kali. Apa kata cer korang jenguk-jenguk website WM's Kitchen. Kot ada terbuka hati nak order makanan, delivery iols sediakan. Tapi dengan charge la eh. Hehehe.

Ada yang kata delivery charge aku mahal, tapi fahamilah sesungguhnya bukan aku yang buat delivery. Dulu2 aku buat la, sekarang aku upah orang. Diorang ni runner full time. So aku nak pastikan kudrat diorang berbaloi dan setimpal dengan upah yang diorang dapat. Aku tak amik duit upah tu, berapa yang aku charge semua untuk bebudak runner ni :)

Lagipun pada aku fair la kan. Kalau harga sama ngan harga orang pick up, tak adil plak. InsyaAllah delivery pun sampai depan pintu rumah dengan selamat.

***
baru perasan ada kat draft. aku tak sure kenapa aku x publish entry ni. hahaha


Hari ini hari Isnin

Assalamualaikum semua.

Payah jugak nak dapatkan momentum nak rajin update blog ni. Jangankan blog, instagram pun aku malas dah nak update. Hahahaha. Dasar tak berapa nak rajin.

Mana taknya, musim raya. Weekend je aku macam sotong. Siapkan orders, tu pun kadang-kadang aku stop amik orders sebab iols tak larat. 80% aku buat sendiri. 20% mama ngan abah tolong. Bukan diorang taknak tolong, tapi sebab mama ngan abah pun ade komitmen lain, nak hantar adik gi training la, pi masjid dengar ceramah. Jadi aku taknak kacau aktiviti diorang KECUALI aku dah memang terdesak terjelepuk keletihan kat tepi dapur. Hahaha. Gitu ironinya.

Ni dah habis musim raya, sendu sikit la. Takde la kencang macam minggu last2 nak habis raya ni. Tapi still alhamdulillah, ada order masuk lagi. Cuma aku tengah nak fikirkan marketing ni.

Member-member ramai ingat aku dah resign. Belum ler. InsyaAllah soon, dalam perancangan. Nak 100% focus on business. Sekarang ni bagi stable-stable dulu. Selesaikan hutang-hutang yang besar. So nanti komitmen aku takde la besar sangat. at least leh menghadap duit hutang kereta je.

And ramai ingat maya tak join dah. mana ada. jangan la cakap macam tu, kitorang berdoa pagi petang siang malam untuk Allah kekalkan business and partnership kitorang ni. Sekarang ni kitorang ada marketing baru. So insyaAllah akan diberitahu kelak.

So okaylah, office dah meriah balik. bebudak (budak sangat) dah balik dari rally johor. kalau tak macam ni la rupanya office aku.


sunyi sepi... hehehehe

Friday 7 August 2015

Hari ini hari Jumaat

Assalamualaikum semua~

Gigih ni pagi-pagi terus nak menaip. Rindu sebenarnya nak berblog ni, tipu aah tak rindu. Cuma kemalasan sebagai kekangan :p

Ni macam dah rajin sikit. Hopefully, istiqamah la ya. Hari ni ada few delivery and orders. Walaupun takde la berjaya tahap mana pun tapi saja je la nak share. Kalau tak ade orang baca pun, jadi la sebagai simpanan pedoman diri di hari tua esok (eh, esok belum tua :p) .

Kalau dulu-dulu, aku la masak, aku la gi ngantor, aku la kemas rumah, segalanya aku. Masa tu kalau orang tanya, "ko tak penat ke Wanie?" Masa tu jugak aku rasa nak menitik air mata. Weyh, kerja sendiri lagi susah sebenarnya. Tapi puas hati. Paham tak?

Pastu ada masa-masa aku jadi give up. Yer la, penat kot. Nak-nak plak order banyak-banyak, dengan kaki sakit, sendi sakit, nak demam, sakit urat. Faktor penuaan kan.. terus masa tu kalau ade orang nak order aku pukul kata takde je. Hahahaha nokhorom sangat perangai.

Tapi sebab ni jiwa. Bagai irama dan lagu tak dipisahkan, cewah. Ku gagahi jua. Jadi aku kena upgrade sikit mana-mana yang patut, kurangkan mana-mana yang patut. Kalau dulu masa memula tu, memang beratus jugak la aku habis kat "marketing" sahaja. Macam branding and macam-macam lagi, stickers, website, giveaway, facebook ads ngan macam-macam lagi la. Sampai abah marah aku jugak la, sebab dia kata aku kena kira benda-benda ni semua. Memula tu melawan jugak, pastu lama-lama pikiaq memang betul pun.

Aku tukar style. Memang focus kat blog/website je. Di samping mengedarkan business card :p. Ya, business card pada aku memainkan peranan penting kedua selepas blog/website. Lama-lama tu Alhamdulillah, it grows and grower.

Lepas tu aku jenis tak reti nak buat schedule. Semua orang order, semua aku amik. Sudahnya, rasa separuh nyawa ku pergi. Kelam kabut. Sekarang ni aku dh limitkan orders. Kena gagahkan hati bagi tau customer kalau order dah full. Dulu tak sampai hati weyh. Kesian. Nah kau, diri sendiri terpana.

And dalam sebulan tu ada few days yang memang aku tak amik orders. Family day beb. Kalau weekend pun aku banyak amik half day je. Petang nak rehat. Kot nak jenjalan ke apa. Life kena ada beb even kau meniaga sendiri sekalipun.

Macam income pun alhamdulillah. Boleh la menampung aku bayar loan-loan aku yang lama. Sebab maybe orang nampak aku business kencang tapi "kedekut" hahahaha. Bukan kedekut tau, aku nak setelkan hutang-hutang dulu...baru senang hidup. And memang aku niat nak setelkan hutang-hutang mana yang patut lepas tu baru all out. InsyaAllah aku target by tahun ni setel mana-mana loan yang patut disetelkan. Aaminn.

sekian buat masa sekarang.

tata.

Thursday 6 August 2015

Hellooooo. I'm back.

Assalamualaikum wbt.

Aku tatau la apa penyakit melanda diri, kemalasan nak menaip tuk blog ni berganda-ganda. Bayangkan je la last entry 1st day Ramadhan. Hahahahaha.

Mana pergi tah semangat juang berblogging macam dulu. Dulu-dulu gigih weyh, buat keje sikit nak update blog. Pastu pantang ada internet bukak blog dulu update. Ke sebab sekarang ada twitter , facebook semua tu. Macam update kat situ je. Tapi tak jugak, instagram pun kadang-kadang je aku update.

Paling best kalau time nak makan, orang plak tanya aku "tak nak amik gamba dulu ke?" Hahahaha. Sebab aku kan jenis kalau nak makan bukan doa dulu, amik gamba dulu. Bukan taknak amik, tapi makanan yang sama je. So macam bosan nak amik. Ataupun akak lapar sangat dik. Kuasa nak snap.

Alhamdulillah, Ramadhan hari tu semuanya smooth and well. Tenang je rasa. Ni Syawal pun agak tenang la, sejak-sejak office kembali aman tanpa wujudnya aura-aura negatif. #eh. Syawal ni aku busy sikit sebab orang banyak order tuk open house, jamuan office. Alhamdulillah, rezeki kan.

Ada je suara-suara membisik suruh aku pencen, fokus buat bisnes makanan ni. Tapi hakikatnya aku lom berani. Komitmen weyh, hutang study loan dulu pun tak habis lagi. Heehehehe. But insyaAllah one day nanti aku akan fully fokus ngan bisnes ni. Nak buat lunch mealbox lepas raya. Ada nak order tak? :p

Okaylah. Type sikit2 sehari. LOL

Bye.