Thursday 10 September 2015

Promosi : Tempahan Makanan untuk Hari Raya Haji (Aidiladha) 2015

Assalamualaikum semua.

Seperti yang sedia maklum, kita bakal menyambut kedatangan Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha dalam beberapa minggu ni. Oleh yang demikian, kami WM's Kitchen akan membuka tempahan khas untuk hidangan sempena Hari Raya Haji ni.

Butiran adalah seperti berikut :

1. Tempahan dibuka 7 September 2015 (Isnin) hingga 20 September 2015 (Ahad)
2. Delivery tertakluk kepada keadaan.
3. Food delivery (tertakluk kepada keadaan) sehingga malam raya 23 September 2015 (Rabu) . Pick up sehingga pagi raya 24 September 2015 (Khamis)
3. Deposit/ bayaran penuh untuk setiap tempahan.

Dan kami ada berita baik....

Sempena Hari Raya Haji ni, ada harga promosi untuk menu raya.



Rendang Ayam/Ayam Masak Merah 1 ekor RM30 (sebelum RM35)
Rendang Daging 1 kg RM50 (sebelum RM60)
Roti Jala 100 biji + Kari Ayam & Kentang (1kg) RM60
Sayur lodeh (lontong) + nasi impit  RM4 per pax
Sayur lodeh (Lontong) + nasi impit + sambal sotong RM5 per pax
Kuah Kacang RM18 (1kg)

*Menu lain dibuka seperti biasa*

*harga tidak termasuk delivery

Tawaran sah bermula untuk tempahan 7 September - 20 September 2015 sahaja! ^_^

Dan untuk makluman, WM's Kitchen akan bercuti pada 25-28 September 2015. Terima kasih!

*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee / @wmbywaniemaya

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Link : Cara membuat tempahan dan bayaran 

Terima kasih.

xoxo,

Abah turns 60

Selamat Hari Jadi yang ke 60 , Abah! ^_^


Aku ni banyak ikut perangai abah. Jenis kalau tak kenal, orang kata kitorang sombong. Dah kenal, orang kata "gila" hahahaha.

Malas nak sembang banyak, kami doakan semoga abah panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan hidup sentiasa diberkati Allah swt. Amin :)



Tuesday 8 September 2015

WM's Kitchen : Popia Otak-Otak Frozen Shah Alam (Limited stock : Pre-Order)

Assalamualaikum semua,

Kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati. Sempena Hari Raya Haji yang bakal tiba ni, kami nak balik kampung kami kat Johor, jadinya kami nak buka order untuk siapa-siapa yang berminat nak beli Popia Otak-otak Kempas frozen yang InsyaAllah dijamin kesedapan dia.


Satu pack 30 biji
Harga : RM16.00

Delivery charge : 
RM5 (Shah Alam/ Subang Jaya) 
RM10 (Puchong/ PJ/ Putrajaya/Cyberjaya/Bukit Jelutong/Setia Alam)
RM15 (Lain-lain kawasan lembah klang)

Pick up & Delivery pada 28.September.2015 (Isnin) - Serentak

Tempahan dibuka 8.September.2015 hingga 13.September.2015

Bayaran penuh untuk yang membuat tempahan. Bayaran akan dipulangkan kalau dah out of stock.

Sila Whatsapp/SMS butiran berikut untuk tempahan :
Nama :
Alamat:
No telefon :
Jumlah order :

Payment method : Online transfer/ Cash Deposit.


Untuk maklumat lanjut :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee / @wmbywaniemaya

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Link : Cara membuat tempahan dan bayaran 

Terima kasih.

xoxo,

Wednesday 2 September 2015

Resipi Homemade Cat Food (Makanan kucing buat sendiri di rumah)

Poyo tak tajuk? Hahaha. Sekarang ni aku gila google resipi buat wetfood untuk kucing. Harap maklum, ada 3 anak-anak kat rumah ni. Dulu ada empat, tapi Sarah Bear tatau pergi mana dah T__T

Tiga-tiga anak aku ni kuat makan. Cerewet pula. Actually dulu diorang tak cerewet pun, aku la ajar makan wetfood yang payah nak jumpa. Sudahnya macam friekies ker, whiskas diorang taknak dah. Tapi urm, actually kalau nak kucing sihat bulu cantik memang kena berkorban wang sikit beli makanan yang elok-elok. :)


Sebab sekarang currency kita macam sendu sikit kan, kat petshop dah bagitau barang akan naik. Sebab mostly imported. So akak redho lah. Pastu terjumpa resipi makanan kucing buat sendiri.


Simple je


Ikan (ikut la nak sardine ke, kembung ke tenggiri ke siakap ke - ikut kemampuan)

Sayur labu (agak-agak la dalam sepotong macam tu)
Carrot sebatang

Macam biasa, buang isi perut ikan tu, cuci bersih-bersih macam kita nak makan. Pastu sayur tu pun cuci bersih-bersih. 


Masuk semua tu dalam pressure cooker (periuk tekanan), air sikit je. Biar masak dalam 10-13 minit.


Kalau takpun, rebus je semua tu dalam periuk. Agak-agak labu ngan carrot tu empuk. Sebab lepas tu kita nak blend.


Okay, if pakai pressure cooker, boleh blend sekali dengan tulang-tulang sebab dia dah lembut macam sardine dalam tin tu.


Tapi kalau rebus guna periuk biasa, dinasihatkan buang tulang besar tu. Kang tercekik plak bebudak tu. If taknak blend nak lenyek-lenyek je pun boleh. tade masala~~


Tapi sekarang ni aku tengah fikir nak tukar menu apa lak. Bebudak ni cepat jemu. Huhu. Ayam aku tak galakkan sangat. Tapi boleh je. 


***Update Resipi setelah beberapa kali buat**

Resipi 1 :
Ikan Kembung
Labu
Carrot

Resipi 2 :
Dada ayam (2 ketul)
Carrot
Ikan bilis (dalam segenggam kecik)

Resipi 3 :
Ikan tamban
Labu

Resipi 4 : 
Ikan Sardine
Labu
Carrot

Resipi 5 :
Dada Ayam
Hati ayam
Labu
Ikan bilis

Resipi 6:
Kaki ayam
ikan bilis
Carrot
Labu

Cara dia semua sama je. Basuh bersih-bersih semua tu, masuk dalam pressure cooker, masak dalam 13-15 minit. Toskan, tapi amik air rebus tu dalam 1 cawan, kisar semua sekali. Masuk dalam tupperware, masuk dalam peti ais. Tahan untuk 2-3 hari.

Kalau nak buat banyak-banyak, masuk dalam tupperware, masuk dalam freezer. Masa blend tu korang boleh campur dengan vitamin/supplement tuk kucing. Ni optional. Hehehe.

Kibbles (biskut kucing) diorang makan gak. Aku campur-campur beli brand Fish4Cats, Iams , Blackwood. Yang fish4cats tu aku amik yang pack kecik sebab nak campur-campur ngan Iams/Blackwood.



Rupa paras setelah di hancur kan

Cik Kiwi ngan Manse tengah menjamu selera. Phillip merayap masa ni. Tapi pagi tadi dia nak makan. Okay pass!
Okaylah, nanti free aku citer pasal manse ni. Dia ni pelik sikit, drama betul. Btw, kucing-kucing aku semua asal stray cat yang datang rumah lepas tu aku bela :)

Mealbox from home

Sejak kebelakangan ni, aku dah give up nak tapau makanan kat luar. Selain faktor harga, aku tatau kenapa lepas aku makan mesti aku jadi letih. Hahahaha. Mungkin penggunaan MSG kot. Ajinamoto. Aku memang tak boleh.

Jadi aku gagahi jugak siapkan bekal dari rumah. Biasanya 2 set la. Mama aku satu. dia pun jenis tak boleh makan sembarangan. Aku plak, takkan gila hari-hari nak melantak fast food (eh ni takpelah, tak ngantuk hehe). Takpun korean food. Kalau le K Street tu ada delivery, aku makan tu je la kot. LOL

Semalam, sementara lunch break, sempat la aku membawa bekal. Nak makan kat rumah tak sempat. Biasa lepas adik balik je aku terus gerak balik office. Buat ler, mi sedap, telur, broccoli ngan sausage. Takde la healthy mana pun dengan maggi bagai, tapi aku puas hati. Sebab buat sendiri. 



Brocolli tu eksyen je hahaha. Buat colour. Tapi sedap la. Aku suka je broccoli. Pastu hari ni lak, tapau nasi putih, sambal sardin, udang kunyit ngan kicap. Balance nasi dinner malam tadi. Buh dalam tupperware masuk microwave.



Ikut la mana yang rajin nak masak pagi-pagi tu. Aku jenis tak rajin sangat. Kalau ada order je baru aku masak pagi. If sendiri punya, biasanya aku asingkan lauk dinner tu masuk tupperware, masuk dalam esbok (peti ais) . Pagi tu panaskan je. Mama lak bawak sejuk-sejuk tu sebab ofis dia ada microwave. Untung laaaa... hahaha

Nak bawak bekal dari rumah ni, rajin ngan tak je. Ramai cakap takde masa. Tapi sebenarnya ada je masa tu. Masa main phone tu boleh dikurangkan dengan siapkan bekal malam-malam. Hehehe. Agak-agak tak sempat nak masak ke apa ke, aku potong-potong buah ke, masuk dalam tupperware.

Mungkin hari-hari macam tu akan nampak aku bawak plastic merah, tapau nasi lemak kot. :p


Beg untuk mealbox. Ya, air kosong ngan air panas dari rumah juga.