Friday 30 January 2015

Makan

Dia ada masa kita lapar, tapi malas nak makan. Malas nak keluar sebenarnya. Office aku ni sekadar office. Kitorang memang takde cafe. Kalau nak gi makan memang kena keluor naik kereta.

Hari ni dah la Jumaat. Sure jalan jem kalau keluar sekarang, sebab semua keluar nak gi semayang Jumaat.

Tengok online order, mahal gila. Yer la, campur delivery lagi. Takkan diorang nak anto soup seketul harga 3 ringgit kot. Kan? Sendiri bisnes pun reti charge delivery *ape kes membebel kat diri sendiri*

Tengok lagi. Bukan website tu, website ni. Tekak macam nak makan caesar salad. Macam. Delicious punya. Sedap woih. Tapi mahal. Semangkuk dekat dua ploh lebih. Ke murah. Ke aku makin kedekut sekarang, semua aku kata mahai. Hahahhaa.

Tapi macam steak jugak. Haih, sedapnya. Sushi pun best jugak. Ke makan jjangmyeon?

Ke sudahnya aku tido je. Hahahaha

Nak pikir lagi. Selamat bersolat jumaat kaum adams.

Tata~

Durian

Doyaaaan ooooo doyaannn..

Aku sekarang abih semua aku tanya orang kat mana ade jual durian. Hahahha. Sampai tanya siapa yang mengidam? Okay, aku tak mengidam sangat. Tapi suka je durian. Hehehe. Eh, hello. Jangan ingat orang pregnant je ade ngidam-ngidam eh. Kitorang PMS pun ada masa mengidam tau.

Seminggu ni la gigih cari durian. Tempat-tempat biasa kat Shah Alam takde. Last-last pergi beli kat Seksyen 7. Tu pun kalau takde, aku dah suh abang-abang (team mates) kat office standby belikan durian kat Puchong. Hahaha. One thing best aku keje sini, ko cakap je nak apa, abang-abang (walaupun ade pangkat pakcik) carikkan. Untung lah jadi sekuntum dua bunga di taman. Hahahah.

Malam tu, lepas magrib gigih pergi Seksyen 7. Kat tapak pasar malam tu. Aku nampak kedai jual durian tu terus bersinar-sinar mata aku. Hahaha. Macam nampak apa je. Yelah, amanah kot. Sebab sabtu ni customer nak order roti jala ngan kuah durian. Aku macam tak sampai hati lak nak kata takde sebab durian takde. So gigih la carikkan. Mana tau yang nak makan tu ngidam ke.

Tapi sebelum aku dah dengar dah, diorang kata kat sini durian mahal. Tapi mahal-mahal pun, yang ni je tempat aku tau. Takkan nak ke Klang. Tak berbaloi plak kan. So tanya la... ade 3 tiga jenis. Durian kampung special, D24, D24 special ngan musang king. Musang king memang idoklah aku pandang. Sebab tau dah harga sekilo dekat 70-80 ringgit.

So aku tanya straight kat abang tu "Bang, mana durian paling murah, paling best?" abang tu terus tunjuk durian kampung sebab tu paling murah. "Berapa sekilo bang?" aku tanya

"yang kampung ni sekilo RM25, yang D24 ni RM33 sekilo dik"

25? 33? apekah premium betul durian sekarang...huwaaaaaa T-T So aku amik la yang kampung. Dah akta bawah duit 50 je kan. Takkan abang tu terima debit card lak. (eh, sekali ade achaner). Tu pun dia nak amik yang besor. Aku cakap amik yang kecik 2 biji. Pun dia amik beso. Aku cakap kecik lagi. Dia tanya cukup ke. Aku cakap insyaAllah, janji ada rasa durian.

Timbang-timbang, ngam-ngam 2 kilo. Okay. Aku amik dengan hati yang girang walaupun risau. Bercampur baur. Terus aku whatsapp customer2 tu aku cakap...kena tambah duit sikit lagi..sebab durian mahal. Masa ni aku tawakal je la customer nak maki ke nak bising ke apa. Ye lah, kene tambah duit kan, sebab aku tak expect durian mahal.....

Alhamdulillah, dua-dua customer cakap okay. Walaupun aku cakap aku tambah roti jala nanti..diorang kata takpe. Sebab tau bukan musim durian and durian memang mahal. Huwaaaa..nak nanges tau dpt customer sweet2 macam ni.

So far, alhamdulillah semua customer aku sweet-sweet. Sayang korang tau.

Balik tu terus excited. Kopek durian masuk dalam freezer. Sabtu pagi masak. Mama siap tanya, takde beli lebih. Ateee...anak dia bawak duit ngam-ngam ho. Hahahaha. Tapi sedap lah durian tu, beta puas hati.

Malam tu, terus aku prepare masak tuk esok punya mealbox. Buat nasi lemak. Masak siap-siap esok tinggal panaskan je. And yang penting pepagi aku tak kelam kabut. Bangun pagi kul 5 siap semua-semua. By 6.30 dah siap. Sekali ngan breakfast. Sekarang memang breakfast aku siapkan. Siap bekal. hewhewhewh..rajinnye, anak sapo tah.

Tu pun balik kerja aku cakap nak buat nasik lemak, ada orang order. Terus mama aku cakap.... nak tau mama cakap ape....?
*
*
*
*
*
*
*
*

"Giler betul budak ni"

HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Amik ko, gile terus dapat. Takdelah, bukan lah mama aku marah ke apa....dia kata lebih kurang giler = rajin. Tau-tau je la kalau orang Johor, Jawa, Melaka berbahasa macam mana. Mihihihi. Tapi janji family support. Awww...I bahagia tau.



Seronok plak tengok ni. If ada sapa-sapa nak order boleh tengok kat www.wmbywaniemaya.com 

tata~

Thursday 29 January 2015

Pandai-pandai la

Sejujurnya, aku kat office memang takde keje langsung. Okay, adalah sikit-sikit. Hahaha. Keje fotostat kerja, susun file sendiri and update here and there. Why? Sebab office's politics. Why lagi? Malas nak elaborate. Lagipun malas nak semakkan blog sendiri dengan hal-hal remeh. Kat FB pun aku takde nak kesah sangat. Tapi kat whatsapp bertubi-tubi la memember tadah mata baca luahan perasaan aku. Hahahaha. I lub u my frens~

Jadi, memang ada masanya aku update blog kat office. Ya aku jujur, dah tu bajet aku nak buat apa nganga je? Ada masa aku fikir masa depan bisnes. Merangka hala tuju syarikat (ayat macam berita swasta sangat). Tapi, meh nak habaq la no. Aku ni, jenis kalau ade kerja (diberi kerja) aku buat kerja aku. MAKSUDNYA (aku saja caplocks), aku tau bila kena buat kerja dan bila masa bersuka ria. Paham?

Ada kerja, ada deadline, aku buat. Hatta aku main telephone sekalipun, aku layan FB ke, instagram ke, baca blog ke, groupon ke. Kerja aku buat. Paham? Kalau bagi deadline, aku buat ikut deadline. Jangan plak kata aku jenis tak buat kerja langsung kalau dah ada yang kata time lalu je aku tengah layan internet. Eh, hello. Ada 7 jam kot duduk kat office, dah kalau yang lalu jam yang ke 4 minit ke 35 tu aku baru tengok FB terus assume aku tak buat kerja. Pengsan.

Kan dah, tetiba membebel. Hahaha. Tapi takpelah, iols tak kesah sekarang. Nak cakap belakang ke, depan ke, atas ke, bawah ke ikut suka hangpa. Tapi jaga-jaga no, don't make my blood go upstairs.

Tata!~

Resipi Lamb Stew & Garlic Bun

Tetiba rasa macam eh lamanya takde entry masak memasak.Kaaann...sebenarnya malas. Dah masak, penat, malas amik gambo. Mihihihi~

Hari tu, taktau nak makan apa. So bukak freezer ado tulang kambing. Zaman raya korban tahun lepas gamaknya. So keluarkan la. Since family pun macam malas makan nasi, adik aku plak hantu spaghetti/pasta bagai. Aku cadangkan masak lamb stew dengan garlic bread, pastu aku rebus pasta, adik leh makan.

Dah namanya aku yang bagi cadangan. Aku lah kena masak. Hahahaha. Sian. Tapi takpe, beta suka. Since kambing dah ade, aku just beli sos spaghetti (kimball/adabi/prego), daun saderi, cherry tomato ngan bawang holland.



Meh lah aku bagi resipi terus.

Bahan-bahan lamb stew :
Isi kambing (tulang ke, lamb shoulder ke, or mana-mana bahagian yang korang minat)
1 biji bawang holland (yg warna oren kuning tu, potong dadu)
3 ulas bawang putih (buang kulit saja)
1 tin sos pasta tomato (prego/adabi/kimball)
2 batang daun saderi
10 biji cherry tomato
1 batang carrot (potong panjang tapi besar - 1 biji tu belah 4)
Minyak zaitun tuk menumis

Caranya:
Rebus kambing tu sampai empuk. Aku masuk dalam pressure cooker je, 10 minit siap. Hahaha. Angkat pastu toskan.
Dalam periuk lain, panaskan minyak zaitun (nak guna minyak biasa pun ok) tumis bawang holland dengan garlic 3 ulas. Agak dah naik bau, masukkan sos pasta tu. Kalau korang nk pedas leh tumis cili dulu. Lepas tu tambah air. Ikut pekat mana korang suka.
Pastu masukkan isi kambing tadi. Kalau korang nak pakai air rebusan pun boleh. Suka hati.
Dah agak mendidih tu, masukkan saderi dengan carrot.
Dah agak-agak macam saderi ngan carrot tu lembut, masukkan tomato. Tutup api.
Eh lupo lak, garam ngan gula secukup rasa.
Kalau rasa masam tak cukup, sila tambah tomato puree atau tomato sos.

Dah ade stew, sure lawan dia garlic bread. Tapi aku pakai sweet bun.

Bahan-bahan:
Sweet bun / sandwich bread/ roti perancis
3 sudu besar butter
3 ulas garlic cincang halus atau blend
1 sudu minyak zaitun

Caranya :
Campurkan 3 sudu besar butter dengan garlic dengan 1 sudu minyak zaitun
Gaulkan sebati
Sapu atas roti
Bakar pada suhu 180 darjah celcius 10 minit api atas.
Tapi korang kene rajin cek, api atas ni kang cepat je roti hangit. heww~~

Siap, dah boleh makan. Abah kata tak cukup! hahahah. Aku ingat abah tak layan makanan macam ni, ngan roti-roti habis. Mama pun makan plak dia. Kalau bolognese tu dia kata masam. Ni dia suka lak... aih~

So korang cubalah. Tukar selera. Nak ganti ngan daging pun okay. Mana-mana je. Hehehe.

Tata~

Kuat berangan

Aku ni adalah jenis kuat berangan. Banyak tengok cerita kartun gamaknya. So nak yang best-best je. Sumber motivasi kot. Semalam lepak ngan cik maya. Bincang pasal bisness. Konon, padehal sessi luahan perasaan je banyak. Hahahaha. Topik utama, bila kitorang boleh resign? Topik dari tahun lepas. Actually kalau cekalkan hati, boleh je resign. Tapi kitorang tak berani sebab ada commitment. Kena carik fixed stable income dulu baru boleh resign.

Macam maya ni, dia suka kalau ada kedai ke butik sendiri. Macam aku pulak suka kerja dari rumah. Hahaha. Dasar pemalas. Takde lah, aku suka jugak ada kedai. Cuma aku tak suka ada komitmen nak duduk jaga kedai. :p

Aku suka masak. Suka duduk dapur, so kalau ade kedai/butik kitorang nak buat book cafe butik. Amik ko. Cita-cita tak pernah kalah. Nak macam ada butik jual baju, tudung. Pastu ade tempat baca buku. Pastu ada cafe. Ade coffee machine. Ada cake/pastry sikit-sikit. Awww..bestnye. InsyaAllah. Semoga satu hari nanti. Aminnn....

Apepun nak habaq, mama tegur muka aku bersih licin. Hahahaha. Gembira hati I uols. Tapi memang perasan pun, blackheads takde. So aku tak sure product mana yg membantu sebenarnya. Or tiga-tiga product ni membantu. Nanti ada masa aku share betul-betul.

Tata!~

Wednesday 28 January 2015

Review : Seqy Beauty BB Cream

Tetiba nak review kan. Bajet muka jelita sangat. Hahahaha. Tapi benda best kenalah share kan. Lagi plak ni muslim produk. Kita support sama-sama okay? 

Ni nak habaq, aku ni adalah jenis gadis yang malas make up. Bukan malas la. Tak suka sebenarnya. Aku just pakai benda basic. Bedak dengan lipstick. Lipstick tu pun ikut mood. Agak aku teringat aku pakai la. Hahaha.


Tapi sejak dah "dewasa" ni kan, bijak sikit la nak menyerikan muka supaya tak ngeri. Nanti tak pasal aku femes sebab ingat sedara ngan Edward Cullen kaan, muka pucat je. Lingkaran bawah mata tu jangan citer la, eyeshadow original. -.-


Jadi layan-layan blog, terjumpa la produk Seqy Beauty BB Cream ni. Sebab terbaca kat blog viruspadu kot, pastu terus layan blog Sepet. Pastu usyaaaaa je. Kumpul duit nak beli. Excited sebab jujurnya, BB Cream ni murah. Yang aku pernah beli dulu, memang la best, tapi mahai....huhuhu T-T


Ada rezeki lebih sikit bulan ni, terus beli laju-laju. Sebab BB cream pun dah habis. Ke takde tah. Sobs. Terus order, petang tu jugak diorang pos. Pantas okay service. Tapi tadi baru dapat, biasalah kawasan office aku ni terpencil sikit so memang selang sehari baru dapat barang.



Nampak tak ade free gift dua ketul tu. Terharu okay :')
Masa bukak parcel, excited ade free gift. Nak nanges terharu. I takleh ade surprise-surprise ni, terus riang keriangan. Ada sample cleanser ngan mascara. Okay, tatau la bila aku nak pakai mascara tu. Tunggu dinner company ke yang tah bila. Tapi thank u sangat. Nanti aku bagi la sapa-sapa yang suka make up. Hehehe. (sapa nak mascara tu?)




Memula try cleanser. Dia nak kata tak wangi, ade la wanginye tapi tak kuat macam bau sabun. Dia macam bau-bau minyak zaitun, baby oil. Jenis dia pun macam minyak. Bukan gel, bukan buih. So pakai sikit je. Sapu kat muka. Dah bilas, lap-lap. Rasa best. Takdelah muka rasa tegang tetiba ke apa. Tapi best. Paham tak best? Nyaman. And rasa lembut. Sebab dia ade Vitamin E kot. So takyah pakai toner.


Botol dia comel. Senang masuk dalam bag.

Dah tu, pakai BB Cream. Okay, BB Cream ni jenuh jugak la aku exercise jari nak pump. Hahaha. Suspen gak, tanya Miss Lora dia kata memang kene gigih sikit pump. Pastu keluar. Dia keluar pun sikit je. Bagus. Menjimatkan. Kalau muka kecik aku rasa pakai satu pump cukup kot. Kalau muka sihat macam aku ni, dua pump. Hehehehe.





Kalau nak tau tekstur dia macam bedak sejuk dalam botol. Yang warna coklat tu. Gitu la lebih kurang. Tapi yang ni, sapu terus meresap dalam kulit. Suka betul beta. Hahahaha. Dia takde lah tetiba kita pakai amik dari jauh putih melepak kan. Ni tak, natural. Pastu pipi pun jadi pinkish. Awwww...



Yer, muka bebas tanpa make up. Hahahaha.

Dan tak berminyak. So far pakai asyik nak usik muka sendiri je. Hahahaa. Obses.


So kalau korang nak try. Amatlah digalakkan. Yang penting, tiada was-was, berdaftar dengan KKM. 

Harga dia RM55 include postage. Untuk cleanser RM45 not include postage. Murah kot. Berbaloi la.


Hangpa boleh usya website dia ngan instagram dia.

Instagram : @seqybeauty



Kalau nampak muka aku yang jelita dibawah nama @misswanie84 tu, sila like laju-laju. hahaha. Ni mula terpikir kot-kot nak juai kat WM plak..mihihihihi~

ps: ini bukan iklan berbayar ye. Ini recommended setulus hati :)


Tata!~

*****************
Update 29.01.14

1. Suggest kat mama try the cleanser. Since cleanser lama dah nak habis. Lepas tu dia tanya beli kat mana, siapa punya and yada-yada. Dia cakap okay. 
2. Lepas tu mama sambung, dia cakap "Patut mama tengok muka awak nampak bersih berkilat" LOL
3. Pagi tadi terus whatsapp Miss Lora order cleanser. Risau yang kecik sample tu nak habis. Hahahaha
4. Rupa paras beta hari ni secara close up. Sila scroll laju-laju bagi mengelakkan mimpi ngeri :p


Tudung memang warna lebih kurang macam semalam. iols mane reti fashion. hewhew~
Tata~

www.wmbywaniemaya.com

Alhamdulillah. Step by step kitorang (aku dengan cik maya) cuba nak build up WM by WanieMaya ni. Yer lah, masing-masing pun keje biasa-biasa je. Dua-dua buat keje admin. Paham-paham je la pendapatan kitorang berapa. Kadang-kadang tu jealous jugak tengok orang lain boleh beli apa-apa je sebab ada modal. 

Kitorang ni nak collect modal pun berbulan. Sebab kumpul duit gaji sikit-sikit. Time ada rezeki lebih, terus buat laju-laju. Kitorang dah janji, memang tak nak amik loan mana-mana. Sebab nak starts from scratch kan. Kecuali loan FaMA (father, mother) tu kitorang tak tolak. Bwahahaha.

Actually dah lama kitorang nak ada business sendiri ni, tapi tak bergerak pun. Memula ngan nama The Kiz gitu. Hasilnya sonyap yo. Memasing busy. Tapi sebab macam dah penat nak keje makan gaji, tu yang kerahkan jugak pelan-pelan. 

Memula build up facebook (www.facebook.com/wmbywaniemaya), sebab pada kitorang tu salah satu medium paling laju. Then kitorang bekorban bayar untuk sponsored ads. Tawakal je la, Alhamdulillah ada hasil sikit-sikit. Tak banyak pun budget kitorang. Kadang-kadang seminggu amik RM20 ke. Hahahaha. Kata takde duit weyh, tu pun kitorang share half-half.

Bila dah bergerak sikit, kitorang buat branding sendiri. Buat logo, stickers. Alhamdulillah, logo, business card ada kawan kitorang tolong (nak nanges, touching ni). Lepas tu dapat buat stickers and cards pun murah. Alhamdulillah.

Tak lama lepas tu, kitorang proceed register company pulak. Yer lah, nak bergerak secara Halal kan. Hehehe. Alhamdulillah, lepas register rezeki makin murah. Korang yang mana buat online business ni or jual nasi lemak ke, goreng pisang ke, register la company korang. Untuk kesenangan masa depan. 

Okay ni tips dia, bukan tips la, simple step sebab ramai ingat rumit.


Pergi laman web http://www.ssm.com.my/ms
Baca dan faham dulu dua benda perkara ni. Nak buat apa-apa kita kena baca dan faham dulu tau.
1. Download borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan - Borang PNA.42 (contoh borang lengkap - klik sini )

Borang ni adalah untuk kalau kita nk letak nama syarikat contohnya Karipap Sedap Enterprise atau Kek Gebu Resources. Nanti kat pejabat SSM diorang akan check nama ni, dah ada orang pakai ke belum. So korang buat 3 Option okay. Tapi standby je la 5 option. Sebab ari tu kitorang pun dia amik option number 3. Hahahaha. Lepas tu nanti dah okay, korang bayar RM70 (RM60 untuk register, RM10 untuk print sijil perniagaan) . Tapi kalau korang nak letak nama sendiri contoh Ahmad bin Meon. Takyah pakai borang ni, leh proceed je . Bayar RM30 je.


2. Download Borang A (Borang Pendaftaran Perniagaan , ni contoh borang lengkap - klik sini

Borang ni korang kena isi maklumat kita, alamat semua la. Kalau ada share partner, letak nama diorang sekali. Tapi masa nak register boleh pergi salah sorang. Tak wajib ada dua-dua. Cumanya share partner kena sign kat borang tu jugak.

So, nak register syarikat kena ada dua borang ni. Nak senang korang download siap-siap isi terus kat rumah. Bawak photocopy IC sekali. Kalau sharing, dua-dua IC kena ada. Pergi Pejabat SSM amik nombor tunggu giliran. Senang je. Kalau area Shah Alam, Pejabat SSM kat Plaza Alam Sentral, Tingkat 3. Area kedai-kedai handphone tu. Dia bukak pukul 8am -4pm . Takpun boleh pergi kat Putrajaya.

Then next step kitorang register domain untuk website. Nak nampak formal sikit la kan. So officially jadi www.wmbywaniemaya.com . Alhamdulillah. Dari last year kot nak proceed ngan .com ni. Ni baru jadi. Sebab dapat rezeki lebih sikit semalam. So terus proceed dengan cynet.com.my . Nanti free aku cerita process nak register domain plak okay. 

Tetiba panjang lak entry. Hahaha. Takde lah, saja aku nak share yang kalau kita start dari bawah ni walaupun banyak pahit tapi manisnya tu kita tak lupa. Pengalaman beb. So kalau ada nak tanya apa-apa comment je, insyaAllah nanti aku reply.

Tata!

Tuesday 27 January 2015

Aunty Karipap

Sejak orang kata dah menganjak usia 30 ni, makin sensitip hati jadinya. Hahaha. Nak dijadikan kesah, pagi tadi ada la customer call nak order karipap.

"Hello, ni aunty Lily ke?"
"Ha ah, saya Wanie"
"Ni aunty Lily yang jual karipap frozen tu kan?"
"Ye saya"
"Aunty... kalau saya nk karipap 40 pcs ada tak..?'
"Ada...eh jap, tapi rasa cik boleh panggil saya akak kot. Saya baru 30. Hehehehe"
"Eh, ye ke..sorry-sorry kak"
and the conversation goes on...

Hahahaha. Choii sangat tau panggil aunty. Tapi takpelah, nada aku cakap pun baik-baik bukan lah marah ke apa. Hati customer kena jaga. Hati sendiri pun kena jaga.

Pastu aku whatsapp ngan member-member, diorang kata ye la selalunya orang jual karipap ni makcik-makcik je. Cuba kalau aku jual cake ke, tudung ke mesti orang panggil kak. Okay, fine. Hahaha.

Then aku cakap, patut la time aku buat delivery orang macam takut je nak bukak pintu sebab ingat budak "rempit" mana tah anta kuih. Hahaha. Fashion remaja sangat la kan. Pakai tshirt, cardigan ngan track suit dengan lipstick pink. (perlu ke mention)

Tapi takpelah, mana tau nanti keluar muka aku bahagian sumber inspirasi ke "Wanita Muda Pengusaha Karipap Berjaya" (tajuk tak payah nak karangan UPSR sgt boleh?) haahahaha. gitu...berangan tak habis.

Kalau korang nak order kuih karipap frozen ke, roti jala ke, pau ke...boleh tengok kat blog wmbywaniemaya.blogspot.com okay? :D

Monday 26 January 2015

Chilla Cup , One City USJ

Hari Sabtu, adalah hari melepak dengan geng cheekye. Oh ya, tahniah Wan Safra & Juden (nama dia hafizudin) yang telah selamat diijabkabulkan 22hb January 2015. Minta maaf Cheekyes tak dapat attend wedding tu sebab faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. InsyaAllah nanti kita jumpa pengantin baru ni ramai-ramai k. We love you! :)

Jadi Sabtu tu kitorang lepak kat One City je. Sebab tu je mall paling aman. Hahaha. And dekat ngan rumah aku of course. Gi mall pakai seluar track ngan t-shirt je tau. Sampai senior kitorang tegur "Wanie dari gym ke?" hahaha. Ada jejak kasih plak kat surau. Jumpa ngan kak wawa, senior kitorang masa kat MMU.

Pagi tu, pick up cik jimah kat cyber (weyh, cepat sikit beli kereta...hahaha). Pastu terus ke One City. Agenda utama adalah nak tengok Into The Woods. Saja tengok pepagi, takde lah pagi sangat. Tengahari jugak. Sebab tak ramai orang. Lepas dah beli ticket, aku ngan cik jimah gi brunch dulu. Kata perut lapar. Cik yen lom sampai.

Kitorang lepak for brunch kat IPO (I prefer original). Konsep dia ala-ala Paparich, Oldtown. Tapi aku suka lagi IPO kot. Menu dia best-best. Harga so-so la. Standard kopitiam. So aku order half boiled egg dengan fried chicken wantan dengan milk tea. Ya, banyak. Sebab aku lapar. Cik Jimah order popcorn chicken ngan air apa tah. Ada mint-mint. Dia kata sedap. 

Brunch at IPO (I Prefer Original)

Dah sudah makan tu, elok keluar je Cik Yen sampai. So terus gi movie hall. Dalam tu tak ramai. Rasa ada lam 10 orang je kot. Awal lagi kan. Cerita Into The Woods ni best. Pada kitorang la. Sebab dia jenis musical movie. Lawak tak ingat. Part princes nyanyi-nyanyi tu aku rasa mujur kitorang tak golek2 atas lantai je gelak. Lawak. Tapi kan. Dalam 10 orang tu. Aku rasa kitorang 3 orang gelak ngan ada budak2 gelak kat belakang. Yang lain, diorang paham ke tak. Ke sebab kitorang berjiwa kanak-kanak jadi mudah terhibur.

Apepun, cerita tu best. Ada moral of the story. Jangan melawan mak ayah, lepas tu bersyukur dengan apa yang ada pastu banyak lagi la. First time aku suka watak witch dalam tu. Sebab makcik Meryl Streep tu memang terbaik lah. Selain ada Johnny Depp kejap je watak dia. Haahha

Dah habis movie, pi solat dulu. Kalau nak tau surau One City kat level 3 ya . Time tu lah terjumpa kak wawa ex-senior kitorang. Dah setel solat, pi lepak-lepak for coffee. Pergilah Chilla Cup. Sebab nampak macam menarik. Okay memang menarik.

Yang penting dia ada all day breakfast set. Portion dia agak besar la. So sesapa yang tak kuat makan, aku suggest korang boleh share bagi mengelakkan pembaziran. Tempat dia pun chill-chill. Yang penting ada free flow ice water. Daebak!

Yours truly Cafe Latte RM11.00. Ada cookies tau.

Cik Jimah's Cookies & Ice Cream Toast 

Cik Yen's Baked Cheese Fried Rice

Our food. Yours truly tak makan. Share-share je. LOL
So, korang boleh try Chilla Cup ni kat Level G, One City Mall USJ. Ada free wifi and no tax . Food and drinks pun okay :)

Tata~

Kisah cencalok

Aku kalau weekend, kalau tak keluar dengan kawan-kawan, aktiviti wajib duduk kat rumah. Dan namanya kalau duduk rumah, kebiasannya, kalau siang-siang message aku tu jarang la nak berjawab. Sebab kadang-kadang phone kat bilik, yours truly kat dapur.

So semalam, tengahari macam biasa. Prepare lunch. Mama masak ayam kurma dengan ikan keli goreng sambal hijau. Lepas tu mama suruh aku prepare cencalok. Okaylah, untuk makluman, aku tak reti makan sambal belacan, cencalok, budu, tempoyak atau sewaktu dengannya. Bukan bajet mat saleh celup, tapi tak reti makan. Rasa macam pelik. Hahaha. Tapi kangkung belacan, nasi goreng belacan, ikan patin masak tempoyak aku makan.

So aku pun amik la botol cencalok dalam fridge. Bukak-bukak tu aku bau la. Pastu bau pelik. Aku cakap "Ma, cencalok ni dah tak elok ke. Bau semacam je". Mama pun amik bau. " Memang bau cencalok macam ni lah". Aku pun "oooo..okay" hahahaha.

Dah tu aku tanya, cencalok ni nak makan macam mana. Sebab macam sambal belacan tu aku tau la blend/tumbuk ngan cili bagai. Mama cakap hiris bawang, cili pastu potong limau. Aku pun hiris la bawang ngan cili. Pastu gaul. Limau letak tepi. Hahaha. Bajet cun la.

Sekali mama datang tgk, "laaa..tak payah gaul laa cik oi..ni bukan kerabu, letak atas je" . Okkkaaaayyy.. fail lagi.  hahaha. So dah siap-siap tu, aku masuk la dalam peti ais.

So hidang lauk semua..and makan. Dah habis makan tu...tetiba mama cakap.

"eh, mana cencalok tadi?"

Bwahahahahaahaahaha. Ada dalam peti ais. I is lupa nak keluarkan.

Friday 23 January 2015

The Street Cafe (Korean Food) SS15, Subang Jaya - Halal

Kalau korang yang minat korean street food, aku suggest pergi cafe ni. Banyak je korean food restaurant yang lain, ada yang fine dining, yang authentic, bbq style, macam-macam. Tapi ni more specific street food.

Boleh dikatakan, ni port jugak la. Sama ada hang out dengan kawan-kawan or fefeeling lone ranger makan sorang-sorang kat sini. Sambil layan-layan Korean MV. Kalau duk atas privacy sikit, tapi duk bersila.

Okay, mari kita terus kepada gamba-gambar makanan.

Ini adalah kegemaran. kalau datang mesti order ni.
Jjangmyeon (Black bean noodle).
Harga : RM12.90


Yang atas kiri tu adalah Chicken Barbeque Stick. Sedap okay. Manis-manis.
Macam satay. Sila order juga harga dalam RM6 lebih kot.
Air tu adalah Honey Dew Milk. Harga RM7.90
Banchan (side dish) macam biasa, ada kimchi dengan chilli flakes.

Ini pun mesti order, Marshmallow Milo. Sedap.
Harga RM4.90

Kata pecinta Jjangmyeon. Mestilah order lagi. Side dish kentang tu sedaaaap!
Air Watermelon Juice 

Hehehe. Ni keje kitorang, bagi poster suruh diorang tampal.
Peminat Shinhwa, Shinhwa Changjo, selamat bergambar di Hall of Fame ini .

Sini pun ade. Hehehe

Addicted tau...demam-deman minum ni sedap.

Ini adalah Heamul Sundubu Jigae. Sedap. Banyak dan kenyang.
Macam-macam khazanah seafood ada. Udang, lala, Sotong, tofu, telur, sayur.
Harga : RM12.90 (kalau tambah nasi add RM1)

Kan dah kata, nampak sedap. Memang sedap. Lapar plak tengok gamba ni,

Ini adalah Samanco Ice Cream. Kitorang panggil Fish Ice Cream.
Dia adalah waffle dalam tu aiskrim vanilla dengan red bean paste ye.
Sedap. Besar. Boleh share.
Harga : RM4.90 kot. Tak sure.

Ini bentuk dia. Carik dalam tong aiskrim. Takpun tanya ada Fish Ice Cream tak? :p

Ini adalah Mushroom Ramyeon. Kire maggi mee la. Sedap.
Yang ni tak pedas. Kalau tahan pedas, boleh order yang lain.
Makan dalam periuk. Baru feeling korea gitu.

Kegemaran lagi, Seafood Sundubu Jigae. 
Ini adalah Japchae. Korean glass noodle. Harga tak ingat. Sila order juga.

Menu book.

Yang ni plak Cheese Rabokki. Dia ada ramyeon, ttoboki dengan cheese.
Banyak. Sedap. Pedas jugak. Tapi sedap.
Harga tak sure. Rasanya set dalam RM22 kot.

Hi awak. Saya jatuh hati dengan awak.

Dan lagi.

Yang dalam box tu, lunch box set. Kimchi Fried Rice.
Goncang2 sebelum makan. 

Ini adalah Jumbe Egg Roll. Mohon order. Sedap.Lembut. Creamy.
Sila share jugak. Sebab banyaaak.
Harga RM11.90
Yang atas kanan dalam mangkuk tu Street Ttobokki. Rice cake dengan chilli paste.
Pedas-pedas sedap. Harga RM8.90 kot.


Tuna kimbap. RM9.90
Ni adalah Cheese TokGalbi rice set. Daging cincang dengan macam sos kicap manis-manis.
Sedap jugak. Tapi sebab portion dia banyak. Jarang order :p


Ini...adalah signature drink. Untuk kitorang lah. Hahaha. Banana Milk. RM 7.90.
Sila order dan rasa. Rugi tak order.

Menu highly recommended kena order kalau datang sini ialah :
Jjangmyeon (Black Bean Noodles)
Korean Egg Roll
Heamul Sundubu Jigae 
Banana Milk
BBQ Chicken Stick
Street Ttobokki
Marshmallow Milo

Dia ada dua cawangan. Satu kat SS15 (sebelah Subway, opposite Taylor's College) 
Satu kat Sunway Pyramid (Asian Avenue)
.
Ni address dia. Boleh cuba okay? :)

Subang Jaya Outlet :
     The Street Cafe Ss15 - Halal Korean Food
     No 28, Jalan SS15/8, Subang Jaya
     47500 Petaling Selangor .
     03-56329822
Sunway Pyramid Outlet :
     The Street Cafe Pyramid 
      Lot 197, Asian Avenue,
      First Floor, Sunway Pyramid Shopping Centre
      03-5632 9822

Instagram : thestreetcafe_kstreet
Facebook : The Street Cafe

Triplets

And...

The triplets are here... thank you ain. Tolong orderkan. Siapa pernah tengok The Return of Superman (KBS) mesti kenal budak-budak ni. Oh, barulah noona gembira. Hari-hari boleh tatap muka bebudak ni. Boleh tatap muka appa diorang sekali #eh

Daehan, Minguk, Manse. ì•ˆë…•í•˜ì„¸ìš”~~




Comel gile please. Aaaaa..nak baby :p

Resipi : Cottage Pie (Sheperd Pie)

Okay, simple je recipe ni. Rasanya, cottage pie punya inti ni banyak version. Ikut citarasa masing-masing. Based dia adalah mashed potato.

Ni resipi sendiri, hasil usaha study resipi kat incek gugel. Hehehe

Bahan-bahan untuk kentang lenyek (mashed potato):
6-7 biji Kentang (buang kulit, direbus sampai empuk dan dilenyek)
2 sudu besar susu segar/susu cair
3-4 sudu besar butter
Lada sulah
Garam

Caranya:
Kupas kulit dan rebus kentang bersama secubit garam sehingga empuk.
Toskan kentang dan mula melenyek (melecek) sampai hancur
Masukkan 2 sudu besar susu dan lenyek lagi
Masukkan 3-4 sudu besar butter (ikut citarasa)
Masukkan garam dan lada sulah secukupnya.
Siap.

Bahan-bahan untuk inti:
500 gm daging cincang (boleh pakai kambing atau ayam)
1 batang carrot (dipotong dadu)
1 cawan cendawan butang (dihiris- nak campur sayur lain pun ikut suka)
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih
1 cawan tomato puree (boleh pakai sos prego)
1 sudu besar tepung jagung/tepung gandum
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu butter untuk menumis

Caranya :
Panaskan butter, tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau.
Masukkan daging cincang dan masak hingga empuk
Masukkan carrot, cendawan butang atau apa sahaja jenis sayuran kegemaran (capsicum/broccoli,dll)
Masukkan 1 cawan tomato puree
Garam dan gula sebagai perasa
Masukkan 1 sudu tepung jagung (ni optional, saja nak bagi dia likat sikit)


Sebelum dibakar


Sekarang, dalam bekas aluminium atau apa sahaja bekas yang boleh dimasukkan dalam oven, memula loyang tu kita sapu butter. 
Lepas tu based dia letak mashed potato tadi. Nipis je. Tapi nak tebal ikut suka.
Lepas tu letak inti daging tadi.
Optional nak letak cheese. Cheddar cheese ke, mozarella ke atas inti.
Lepas tu tutup balik ngan mashed potato tu.
Sapu ngan telur kuning sikit. Jadi bila bakar dia golden brown gitu.
Buat la corak atas potato tu sikit.

Bakar pada suhu 180 darjah celcius. Selama 20 minit. Lepas tu, pasang pemanggang atas dan bakar selama 10 minit. Sebab nak dapat effect crusty kat atas tu.

Selesai dan sedia dihidang! :)


Yeay! Dah siap :)
Kalau malas buat, nak order boleh tengok kat sini
wmbywaniemaya.blogspot.com

Wahai pemandu...

Meh nak citer kejadian semalam..

Alkisahnya, lepas balik kerja semalam... aku teruslah pecut pergi Section 13 sebab nak beli bekas tray aluminium tu. Ofis mama nak buat ala-ala pot luck, so mama plan nk bawak bread pudding dengan cottage pie. Dah alang-alang tu, aku pun boleh try test resipi pastu nak agak berapa leh masuk market.

Dah la dengan hujan semalam. Asal hujan je jem kan. Nasib baik sempat sampai, so pergilah kedai Bake With Yen ni. Aku suka pergi sini, sebab barang dia murah jugak la and paling best, aunty kedai tu rajin layan soalan-soalan aku. Hahaha. Tapi kedai dia takde la bekas besar tu. So terpaksa pergi Baguz.

Elok je aku nak keluar, boleh plak ada kereta ni block kereta aku. Double park kot. Tapi pelik jugak la spesis orang macam ni, depan aku tu kosong je parking. Awat la dia tak masuk parking elok-elok. Kot ye pun nak double park, janganlah susahkan orang lain.  T-T

Time ni aku dah terkial-kial nak keluar. Dah kereta dia panjang, confident je nak double park T_T


Dah satu kerja terkial-kial aku nak keluar. Belakang ada kereta, kalau xde, aku reverse je. Ni nak kedepan tak leh, belakang pun takleh. Hon banyak kali pun tak nampak batang hidung. Mulalah aku rasa nak menaga. Dah lambat, nanti kedai tutup. Last sekali kena reverse menyerong, keluar bontot kereta dulu.......kan ke dah payah. Penat MBSA buat line parking tu, parking je la tempat lain kot ye pun...banyak lagi kosong. Why la people..why..... Kalau nak double park, ada la timbang rasa sikit, buatnya orang emergency ke apa. Jenguk-jenguk la kereta tu sikit.....

Nampak tak? Sebelah tu parking. Kosong kot...


Dah setel bab tu, pi la Baguz. Ada bekas tu, so amik la beberapa jenis. Pastu macam excited jap nampak ade cheese sauce. Nak beli, budget tak cukup. Nak belikan tuk budak kecik tu, so takde la dia asyik minyak wedges kepsi je. Buat kat rumah jimat kot.

Puding Roti Rasa Sayang (nama tak boleh blah)


Balik tu, terus bersilat kat dapur. Rebus kentang, aku pakai pressure cooker je, jimat masa. Sementara tu siapkan bread pudding. Buatnya kejap, bakar tu yang lama. Sementara bakar tu buat cottage pie, pun senang gak. Inti tu aku buat lebih, masuk freezer. Next time nak buat, tinggal rebus kentang je.

Crustvatas Cottage Pie. Vogue the vass nama. Hahaha

Dah habis semua tu, siapkan barang tuk popia mama plak, esok nak meniaga kan. Aku sudah ngam-ngam kul 12am. Hahaha, tu termasuk la, layan phone. Layan budak 3 ekor kat rumah tu (kucing), go kedai sebab telur habis, basuh baju. Eh multitasking tak? :p

Mama, abah , adik semua balik (oh, diorang g training ping pong) mama terus request nak makan pie, abah lak makan pudding. Alhamdulillah, diorang kata sedap. Diorang ni QC aku. Hahaha. Sama dengan budak kecik tu. Tapi dia bias sikit, kalau rasa ala-ala pasta ke, spagetthi ke semua dia kata sedap.

Abah terus tanya, nak jual berapa ni? Hahahaha. FYI, abah aku tu dia peka sikit bab-bab ni, so kalau pricing ke apa aku tanya abah je. Kalau dia letak tinggi sangat, aku discount sendiri. LOL

Alhamdulillah, berniaga kecik-kecik macam ni takde la untung sangat. Tapi puas hati tu penting. Suka tengok orang makan, suka tengok orang happy. Penat pun tak rasa. Tu yang rasa nak berhenti keje je ni. #eh

So kalau korang nak tau harga ke semua, boleh pi kat blog wmbywaniemaya.blogspot.com . Resipi insyaAllah nanti aku bagi na :)

Thursday 22 January 2015

Nasib baik ada frozen food

Rumah kitorang ni kekadang orang kalau lalu je mesti cakap, "ada buat kenduri ke?" , "apesal rumah ko ramai orang?" . Hehehe, tetamu tu kan rezeki Allah. Walaupun aku jenis tak layan tetamu sangat (kalau tak kenal la) tapi hidangan tuk tetamu tu aku siapkan la.

Selasa baru ni mama balik keja tetiba kata ada orang-orang nak datang rumah, ni geng persatuan ping pong OKU. Kira team adik aku lah. So memikir nak jamu apa, bukak freezer tengok ada stock frozen murtabak ngan karipap. Pastu buka peti ais ada balance puding roti aku buat ari tu. Ecewah, hati ada gumbira lah.

Kemainkan karipap susun ibarat bunga mekar ditaman :p

Panaskan murtabak, goreng karipap, potong puding, bancuh ayaq teh o. Siap! Dah hias cantik-cantik, cawan piring semua dah siapkan, sementara mama ngan abah semua meeting, aku habaq makanan dah siap. So nanti lepas meeting mama tinggal angkat jamu je. Aku? Siuf naik atas la, guling-guling atas katil, layan phone, ntah bila tetido pun taktau. Sedar-sedar kul 4pagi. Sempat semayang isya'.

Murtabak, hanya panaskan je.

Kesimpulannya di sini. nak habaq... pentingnya standby makanan frozen ni kat rumah. Time-time emergency amatlah membantu. Goreng kuih, kukus pau ke kan. Jadi untuk maklumat lebih lanjut boleh tengok kat blog WM by Wanie Maya. Macam-macam ada.

Okay, sempat akak promote bisnes sendiri kan :p

Tata~