Wednesday 25 February 2015

Kupang

Semalam mama kirim kupang dari Mak from Muar. Okay, kot ada yang confuse, mama adalah..mama aku sendiri while mak plak adalah mak angkat yang jaga aku dari kecik. Ibu plak adalah makcik aku. Hahahaha. So pepandai la korang adjust bila nak baca nanti eh.

Yang bestnya, entah bila diorang ni communicate pun aku tatau. Tau tau je mama call kata nanti amik seafood dari mak. Oh, mama pi kursus balik hari khamis.

Aku tanya kak ngah (anak mak, sebaya aku) dia pun tatau. Hahahaha. Kemain mak zaman sekarang, mentang-mentang ada fesbuk memasing kan. So since mak sampai malam, kitorang (aku, abah and adik) pi amik kat Kg Baiduri nu. Tapi tak jauh rasanya, sebab tak jem. 

Ada ntah berapa kilo kupang dengan lokan. Balik tu aku terus steam sebab takut tak elok nanti. Dah steam tu sejukkan jap terus pack masuk plastic, masuk freezer. lagipun kalau tak steam dulu, terus masuk freezer, nanti mati la kupang tu. Masak memang tak terbukak nanti.

Ni kupang ya. Bahasa omputih dia Mussels.  Ada dua tray steamer ni. So dapat 2 bag besar.
Lokan. I is tatau nama omputih dia. Hahaha

Aku steam kosong je sebab nak bagi dia terbukak. Sambil packing tu, aku kopek la sebiji. Giler manis. Hahahaha. Terus beberapa biji masuk mulut. Lokan pun manis. tapi lebih kepada masin gak. Hahahaha. Lokan ni sedap buat sup. Taruk bawang, serai, daun kunyit, cili merah. Perghhh.

Dah whats app mama gamba kupang. Mama suh simpan sket. Harus lah aku simpan, sebab nak mama masak . Tapi since banyak, malam ni aku nak masak sikit. Buat sambal sweet sour pakai pes serbaguna tu.

Hoih, sedap!


Tuesday 24 February 2015

Tak cukup tidor

Dalam 2-3 hari ni memang aku weng and cranky sikit. Sebabnya tak cukup tidor. Huhuhu. Dia punya sakit kepala tu, macam bila kau sujud rasa ada batu atas kepala. 


Mihun goreng untuk 60 pax

Air Sirap Bandung & Teh Tarik sekali
Last week cuti CNY aku busy sikit. Sebab ada order. Alhamdulillah. Member order mihun dengan kuih untuk majlis kat rumah dia. So pepagi khamis tu dah siap semua benda. Jumaat tu ada order roti jala and delivery Putrajaya. Balik tu aku rasa macam nak demam. Sabtu free sikit, so aku kemas-kemas rumah. Now rumah kene vacuum hari-hari sebab aku jenis tah, tetiba rajin. Buat laundry semua. Petang tu kepenatan. Ahad tu busy buat karipap untuk simpan stok and malam tu dah pi AME2015.
Pagi sabtu kak myza order utk dia bawak gi picnic
Aku kira-kira memang tak cukup tidor. Kadang-kadang tu if bangun pagi lepas dah setel aku boleh lelap. Tapi ni straight tak boleh. Malam plak, jenis tidor terjaga. Sebab bebudak tiga ekor ni malam je aktif. Bilik aku macam playground diorang buat. Kul 2-3 pagi karang bising nak suruh aku turun bagi makan. Mane tak jadi zombie kakak korang ni.


Tengok perangai memasing. Fridge Magnet tu bersepah dia susun.


So semalam, lepas makan je. Terus aku naik bilik, tidor. Sedar kul 5 lebih. Segar je rasa. Takde dah sakit kepala. Sebab sekarang aku memang kurangkan makan panadol ke paracetamol. Kecuali memang aku tak tahan sangat dah.

Ni tengah fikir bila nak bawak bebudak 3 tu pergi vet. Si phillip tu aku suspek dia ade lelah ke flame fluid. Sebab kalau tidor berdengkur. Tapi diorang ni, cakap je nak gi klinik, bertempiaran semua lari. Hahaha.

Ahmad Phillip

Anugerah Meletop Era 2015

Hai!

Malam ahad lepas, aku, mama, abah and adik pi tengok Anugerah Meletop Era 2015 #AME2015. Ni pun sebab dapat redeem ticket from Astro. 

Sebelum nak cerita pasal event ni, ada drama gak lak sebelum tu dengan Astro. Hahahaha. Drama kecil-kecilan saja. Sebab once aku dapat confirmation ticket tu, aku terus email diorang cakap nak assistance tuk wheelchair user. Duk laaa reply dengan customer service diorang duk kata okay..okay. Tapi sampai sudah tak bagi aku PIC. Sampai laa hari Sabtu tu aku follow up lagi pun takde.

Paling bengang bila call general line dengan customer service. Semua bantai cakap taktau. Bila aku cakap nak buat report, dia kata "ikut cik lah". Hai...menaga juga la aku sabtu ari tu. Terus terbantut semua program. Elok-elok aku nak keluar pi tengok Kingsman pun tak jadi.

Last-last nekad je la. Aku cakap aku redah, if anything happens, tau la ape jadi nanti. Sebabnya aku alert benda ni, taknak jadi macam kes AFF Suzuki Final hari tu. Cakap boleh masuk, sudahnya kitorang menapak. Kalau adik aku ni tak pakai wheelchair, kitorang okay je la semua. Tapi tengok keadaan la. Kadang-kadang manusia ni, takde timbang rasa. Kita bukan mintak VIP parking pun. Nak park dekat je.

Okay, dah membebel. So hari Ahad tu dalam kul 3 orang Astro call cakap diorang akan assist. Tapi tu pun suruh cari parking sendiri. Aku cakap la, dalam email kata boleh park dekat. Dia gelabah. Since aku nak redeem ticket. Kena pergi awal. By 6pm aku dah ada sana, and luckily abang RELA yang jaga parking tu bagi kitorang masuk dalam. Thank you! :)

Memang park dekat ngan stadium putra. Sampai je call staff Astro and diorang assist sampai dalam and sampai seating. Thank you to  Saari AF, Lingesh and sorang lagi kitorang tak sempat tanya nama for the assistance. Lepas dah lepak sambil tengok diorang rehearsal. Masa tu memang takde orang. Artis. musician ngan crew je. Masa magrib diorang break. So kitorang gilir-gilir gi solat. Alhamdulillah surau pun sama floor kat situ and selesa. Senang cerita all staff and Astro crew memang awesome.


Masa ni rehearsal. Takde orang lagi 
By the time after magrib, yang lain pun dah start masuk. Kul 9pm start show. Everything memang best. Walaupun pening sebab lighting kan. Tapi sound system best. Tu lah, bila tengok kat TV rasa macam ada kurang dengan sound system. aku rasa pihak-pihak yang buat LIVE show ni kena peka dengan audio. Sebab tengok kat TV bunyi dia tak best sangat. Lain kalau ko tengok konsert ke show luar. Sound tu penting.


Happy je budak kecik ni. Hehehe

View abah paling best. Clear sampai stage. Hahha

Excited gila aku masa ni, 4U2C kot. Patut diorang jemput KRU semua. Buat reunion.
Overall best. Artis pun awesome. so far yang jumpa semua tak menyombong. Hahahaha. Kali ni dapat bergamba ngan Dato' Sentiasi Jalaludin Hasan. Dia ni memang charismatic. Aku rasa dia ni kalau bab keje, jenis serious.  


The humble Dato' Jalaludin Hasan. Aku jugak takde dalam gamba. Sebab photographer kan. T_T

Apepun, aku nak clearkan kat sini yang kitorang bukan request nak layanan VVIP ke apa. Just nak jalan masuk tu mudah, parking dekat, ada lift. Yang lain kitorang boleh urus sendiri. 

Again, terima kasih Astro! :)

Tuesday 17 February 2015

Cara Penjagaan Kucing

Kemain tajuk kan. Macam expert nau. Tapi tu lah, saja nak share cara menjaga kucing. Actually bukan jaga sangat pun , sebab kucing aku jenis tak pernah aku mandikan. Orang selalu tegur nampak bersih macam selalu mandi. Tapi tak pernah okay. Tak pernah.

Ni profile kucing-kucing aku :


Nickname : Bear
Nama Penuh : Sara Nur Abear Sara Ichi Bear
Umur : 2 Tahun
Breed : Russian Blue
Hobi : Cium/Terkam kepala orang masa sujud.
Makanan kegemaran : Kibbles & KFC



Nickname : Kiwi
Nama penuh : Siti Nur Kiwi
Umur : 1 tahun 6 bulan
Breed : Black & White American Shorthair
Hobi : Makan
Makanan kegemaran : Kari Ayam

Nickname : Phillip
Nama Penuh : Ahmad Phillip (Anak Bear)
Umur : 11 bulan
Breed : Russian Blue/Bombay Cat
Hobi : gigit kaki/lutut orang/ Main
Makanan Kegemaran : Nasi briyani

So ni aku nak share tips kalau mereka-mereka yang nak berjinak membela kucing. Seriously, kalau korang jenis tak takut kucing, tolonglah bela kucing. Hilang stress weyh. Boleh buat sembang. Hahaha. Tapi tu taktaulah, tengok orang. Macam aku memang jenis cakap ngan kucing. Sampai ada kat restoran tu ingat aku bawak kucing dr rumah. Sebab elok je duduk sebelah then cakap-cakap :p


  1. Memula sekali kalau korang berhasrat nak bela kucing or nak adapt, make sure niat tu kekalkan. Jangan separuh jalan please. Sebab ni nyawa. Jangan ingat sebab dia kucing, kau dah malas bela kau nak buang tepi-tepi jalan. Jangan weyh, kesian. Dia ada perasaan gak.
  2. Nak ingatkan jugak, bela kucing (kucings) memang memerlukan perbelanjaan. Macam jaga anak la, nak beli susu, pampers. Ni pun sama. Nak beli makan, ubat semua. So kena save sikit savings untuk kucing ok?
  3. Make sure bawak kucing korang pergi Veterinar. Kalau baru adapt tu, bawak terus pergi vet untuk vaksin, ubat kutu, cacing and sebagainya. Yang mana ada banyak-banyak kucing tu dinasihatkan bawak pergi veterinar untuk vaksin. PENTING. Sebab ni untuk imune diorang. Memang korang nampak kucing sihat, but masa depan kita tak tahu. Kenapa aku cakap penting sebab kucing kita kan jenis suka main kat luar, kadang-kadang makan bukan-bukan, main tikus, gaduh. So pentingnya vaksin ni kalau jadi apa-apa diorang cepat recover. Aku cakap base on pengalaman. Ingatkan kucing-kucings emua sihat. So tak pergi vaksin. Sekali kena demam, sampai 2 sekali pergi T-T
  4. 3 bulan - 6 bulan sekali pergi check up. Vaksin tu sekali je. Memang mahai sikit. Yang lain tu murah je macam ubat cacing, ubat kutu and etc.
  5. MAKANAN kena pandai jaga. Macam kucing-kcuing aku diorang ni cerewet bab makan. Cerewet means, nak variety. Benda mentah-mentah tak makan. Semua nak bermasak. macam kita makan. Hahaha. Makanan dalam tin pun tak semua nak. Biskut pun. So kena pandai pilih. Dan makanan pun ada effect kat berat and bulu diorang.
  6. Selalu main, selalu cakap. Kucing ni berakal. Bijak. Kalau korang selalu layan diorang, rajin cakap, rajin main. InsyaAllah dengar kata.

Wet Food

Ada macam-macam flavor & size. Hangpa pilih :)

Macam aku bagitau tadi, kucing-kucing aku (ada 3 ekor) jenis makan memilih. Dulu ada banyak, tapi ada yang tak panjang umur T-T. Ada suka ikan, ada suka ayam, ada suka roti. Tiga-tiga lain-lain pe'el. Dulu aku rajin masakkan ikan rebus untuk diorang. Sehari 2 kilo ya diorang lahap. Tapi lama-lama tu macam dah muak. Yelah, kita pun hari-hari makan benda sama mau tak muak. Kadang-kadang tu aku gorengkan. Laju je makan.

Tak lama tu, tukar makan wet food. Friskies, Prodiet. Memula tu suka jugak la. Lama-lama tu pun tak nak. Tukar flavor pun tak nak. Hahahah. Dasar memilih betul. Aku kena campurkan ngan ikan bilis baru nak makan sikit. 

Sampailah aku pergi pet store. Tanya bebudak kat situ. Diorang suggest wet food brand Burp. Dia ada tin kecik, ada tin besar. Aku try beli tin besar. Pun taknak jugak. Sebab tin besar tu sardine dengan apa tah. Bebudak ni tak suka sardine. Berlagak okay. So aku decide beli tin kecik-kecik tu. Satu tin RM3.10. Ada macam-macam flavor. Nasib ada offer beli 12 free 3. So sekali beli 15 tin. Kucing-kucing aku suka! Yeay! Hahahaha. 

Oh ya, Burp ni ada sijil Halal okay. Apa korang ingat makanan kita je nak halal. Makanan kucing pun ada. Penting tau, korang kena check juga ingredients makanan kucing ni. Kadang-kadang diorang ada letak Pork Liver. So kena check. huhu.

Burp ni ada macam-macam flavor. Ada dengan ikan bilis, ayam, salmon, crab, clam, udang ngan macam-macam lah. Budak yang jaga Pet Lovers Centre pun cakap "cik kalau nak makan ni skali boleh gak, dah masak. Halal plak tu. hahaha" Tapi serious. memang nampak sedap. And takde bau hanyir. Hahaha

Setakat ni bebudak kat umah ni okay la. Sebab aku tukar-tukar flavor. :)

Dry food

Ada tiga flavor je. So far bebudak suka semua. Haha.


Untuk kibbles or dry food or biskut kucing ni aku amik Fish4Cats. Brand ni ada kat Pet Lovers Centre. Kat tempat lain pun ada kot. Aku tak sure. 1.5kg harga dia RM59.90 . Kalau beli 2 ada discount. Ada pack kecik gak 400g RM18.60 . Mahal? Hehehe. Memang la, tapi biskut ni dah ada vitamins semua. And diorang kalau makan cepat kenyang. Lepas tu bulu cantik. Badan fit.

Biskut yang lain pun okay gak. Aku ada beli gak, untuk kucing-kucing kat luar. So terpulang, boleh try. Nanti nampak beza. 

Snack 


Burp pun ada jual snack. Kira macam kunyah-kunyah lepas makan la. Kalau rajin aku beli. Hahaha kadang-kadang tu aku bagi je ikan bilis kat bebudak ni. Basuh bersih-bersih, sangaikan. :)

Air
Air macam biasa, kena ada. Aku beli terus water dispenser. So takyah nak isi selalu. Cuma hari-hari aku akan tukar air baru. Ni nak beli nak letak kat luar plak tu kucing-kucing lain.

Toys
Aku ada belikan diorang rumah. Tempat main and scratch. sebab kalau tak asyik scratch kat sofa je. Ni optional. Ada rezeki lebih beli la. Hehehe

Cage.
Kucing-kucing aku tak pernah duduk cage. Kecuali masa baby. Sebab nak bagi menyusu betul. Tapi optional. Aku suggest beli cage kecik untuk travel masa nak bawak dalam kereta. Or cage besar sikit untuk isi ramai-ramai

Holiday / Hostel
Dulu masa gi holiday kitorang mintak orang jagakan makanan. Tapi bebudak ni payah kalau  ngan orang lain. Pastu risau diorang lari. So sekarang decide kalau gi holiday letak diorang kat hostel (veterinar). Korang boleh search mana-mana vet yang ada service ni. Harga depends on vet. Macam yang aku hantar ni RM15 per day. Lega pun lega, kurang-kurang ada doctor tengokkan. Lagipun dah biasa dengan diorang. And kalau sakit ke apa ke boleh check terus.

Daycare.
Kemain. Hahahah takde lah. Kucing-kucing aku memang duk dalam rumah. And keluar sesuka hati. Memang kitorang ada sediakan space diorang keluar masuk. Sebab diorang ni berak semua kat luar. Dulu ada pakai pasir, sekarang takde dah. Diorang berak dalam semak. hahaha. Kencing dalam toilet okay.

Lain-lain.
Aku ada beli anti scratch spray. Ni untuk nak elak dia kencing/berak atas katil, tilam atau kawasan-kawasan terlarang. Ni biasa jadi masa diorang baby. Baru nak besar. Asal ada spot je terus membeseh. Hahaha. Dah besar ni jentik je telinga kalau buat gitu. Bebel-bebel sikit. Serik diorang

Kalau ada sesiapa area Shah Alam, aku recommend boleh pergi Veterinar ni. So far, Alhamdulillah. Selain dekat ngan rumah aku, servis pun baik and harga pun so far sangat reasonable. Vet ni tutup hari Khamis tau. Hari lain bukak kul 11am-8pm . Weekend je tutup kul 6pm.

Tawakkal Pet Shop
No.19 Ground Floor , Jalan Teras Jernang 27/8
Sekyen 27 40400 Shah Alam, Selangor
Call : 03-5614 1393
FB : Tawakkal Pet Shop

Friday 13 February 2015

Tenanglah dan rehatlah kalian disana

 Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ‎

Mula-mula terkejut dengan pemergian Allahyarham Hj Hasbullah Awang. The voice of Malaysian Sports petang semalam. Malam tadi, sayu dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Walaupun sudah agak "bersedia" dengan sebarang kemungkinan berlaku, tapi semalam memang hiba.

Sifat, pekerti mulia dan penyabar memang disanjung. Katalah dengan apa sahaja pun, hanya dibalas dengan senyuman. Dan rata-rata dekat facebook pun tidak kira apa parti politik sekali pun, malah kawan-kawan dari kaum dan bangsa lain pun merasakan kehilangan.

Itulah indahnya kalau kita tinggalkan ilmu dan amal di dunia. Semua orang sayang. Semua orang.

Rehatlah kalian dari lelah dunia ini.
Tenanglah kalian di sana.
Amanlah kalian bersama para kekasih Allah.
Moga Allah tempatkan kalian dan rahmati kalian bersama para solihin. 
Amin Ya Rabbilalamin.


Almarhum Tuan Guru Nik Aziz
1931 - 2015

Almarhum  Hj Hasbullah Awang
1952 - 2015

Al Fatihah.

Thursday 12 February 2015

Caca Merba


  1. Aku memang sekarang busy. Tapi memang selalu nampak aku kat FB ngan Instagram. Sebabnya, aku tengah all out marketing untuk WM. Mana ada lubang, aku masuk. Berkorbanlah mana yang patut. Ada benda aku suka, aku tengok dari jauh je. Tahan nafsu. Nak build up bukan senang weyh. Kena berkorban. Tapi dalam masa yang sama kena gembirakan orang lain. Walaupun aku tau diorang tak mintak. Tapi kenalah. Aku percaya rezeki Allah sentiasa ada kalau kita bahagiakan orang lain kan? Walaupun gembirakan kucing sekali pun.
  2. Minggu Alhamdulillah banyak order. Termasuklah OLIcandy yang kitorang baru promote. Untung tak banyak. Tapi biarlah step by step. Nak bermodal memang kitorang tak mampu. Cuba sikit-sikit. Aku memang nak promote frozen food especially karipap. Macam cake tu semua aku sub-con je. Rezeki orang lain kan. Kita kongsi-kongsi la. Kalau semua aku nak pulun, tak jadi orang la aku nanti. Lunyai je. Hahahaha
  3. Sabtu ni ada event. Kat KL. bukak booth. Kebetulan kak ngah cari partner. Join je lah alang-alang kan. Nanti aku update kat sini ngan blog WM k.
  4. Pastu mama ajak aku join tournament badminton. Hahahaha. Join je la. 
  5. Penat fikir. Nak-nak plak kalau fikir sorang-sorang. Bukan nak mengeluh tapi kadang-kadang emosi. Dah la aku jenis dalam kereta pun memikir. Kalau ada idea tu, dan-dan dalam kereta pun aku taip. Ya, tau bahaya. InsyaAllah aku tak amalkan.

Tuesday 10 February 2015

Final Maharaja Lawak Mega 2014

Nampak tak sifat kemalasan mula menebal. Bila mana lagi personal blog, business blog nak handle. Tu lom dengan instagram ngan facebook lagi. Hahahaha. Aku jenis multitask task tapi kadang-kadang tu takleh focus. Cepat no ralit benda lain. :p

Okaylah, last week aku amik cuti hari Jumaat. Sebab ada project :p. Project sampai sesat barat ko gi Seri Kembangan. Sabar je la ngan google map. Selalu fail kalau ada flyover. *sendiri salah taknak ngaku*. Okay, lepas dah setel tu terus siuf pergi Astro. Ehems. Jumpa orang gak. Punya la kagum-kagum besar rupanya astro ni. Dah la lobi lawo. Eh? Pastu gi keje leh pakai cantik-cantik. Aku ni gi keje pakai baju kelawar pun takde sapa nak heran. Kata keje kilang kan. Hahaha.

Add caption

Dah setel tu, sebab pagi tu aku ada lebih buat pie. So pakat nak bagi geng-geng cheekye lah. Alih-alih jadi mini lunch gathering. Aku, jimah, kak jah ngan zurin. Yen last-last tak dapat join sebab kereta dia problem. So from Astro, aku pi pick up kak jah kat putrajaya, pastu pi cyberjaya kutip zurin ngan jimah. Lunch kat Tappers. Sebab lapar, jadi semua best. Hahaha. Nasib baik service laju. Cayalah!

Sembang-sembang gosip-gosip. Merepek. Tu dah memang rutin kalau jumpa. Dah almost 2.30 hantar bebudak ni balik. Diorang keje. Aku je cuti. Hahaha. So balik tu, terus rasa nak demam. Lepas zohor tidur jap. Sedar-sedar kat kul 7pm. Terkujat tak solat asar lagi. Kejut adik ngan mama. Boleh plak diorang pun tetido sama. Cheh.

Suh adik siap-siap sebab aku ngan adik nak pi Stadium Putra. Ya, tengok MLM2014. Muahahaha. Excited. Mama ngan abah tak ikut sebab limited kan. So lepas magrib baru aku gerak gi sana. Tengok waze jalan clear je. Lagipun dah contact orang sana bagitau aku sampai dalam 8.15pm. event start kul 10pm kot kan.

Kitorang masuk ikut backstage. Tak perasan pun artis. Aku ni kalau jalan memang tak pandang kiri kanan. Hahaha. Terus duduk depan. Whatsapp family semua. Diorang beriya carik kitorang dalam TV. Ada laa nampak cinonet kepala je. Hahahaha. Janji masuk TV.*flip tudung*

Best la. Series best. Tengok LIVE memang best. So sapa-sapa kata diorang tak lawak sangat, mohon pergi tengok LIVE. Baru korang rasa betapa strugglenya diorang nak buat lawak. Sebab tu aku respect Nabil, solo kot. Solo. Semua finalist memang best malam tu. Zero memang sakit perut la aku time diorang buat lion dance. Dengan Sepahtu baling mercun dalam jamban tu memang epic. Hahahaha

Pada aku Zero layak menang la malam tu. Boleh diorang wat-wat lawak, menitik air mata aku time muzikal tu. Sabor je la. Sebak kot. Aku dah la lately hati tissue sangat. Awww.. Apepun, aku tak minat Taufik Batishah. Tapi time dia nyanyi live tu eh tetiba minat plak. Bwahahaha. Dasar sangat. Tapi aku suspek mama minat dia. Asyik sebut pasal dia je. eh eh eh...

Balik tu, terserempak ngan Dato AC. Kemain dia yang tegur kitorang. Aku ngan adik dah menonong dah nak balik. Sempat bergambar. Dia memang humble la. Super Talented gila bak hang. Pastu cool. Semualah. Tu la orang kata, tak jumpa, tak kenal mana nak cinta kan. 

Sebelum sampai rumah, singgah mekdi. Memasing lapor. Dalam kereta tu bersembang ngan adik. Terus terdetik, dah besor dah adik aku. Dah leh sembang dah T-T. Sentimental sangat iols ni....

Okay, enjoy gamba-gamba na. 




Wefie sikit kakak ngan adik. 

First time rasa dihujani confetti. Terharu sangat rasa macam nak kawen ade mcm ni la. :p 


Dato' AC kata simpan buat kenang-kenangan. Kitorang simpan tau!
With humble super talented Dato' AC.

 Okaylah tu je. tata!

Wednesday 4 February 2015

Happy 16th Birthday Adik!

Semalam cuti kan? Kebetulan 3 February tu jatuh on hari jadi Adik. Yang ke-16. Gila kejap je dah besar budak ni. Hahaha.

So kitorang just buat makan-makan secara kecil-kecilan. Jemput family dekat-dekat je. Simple birthday cake. Malam Isnin tu, aku dah siapkan semua barang-barang yang nak masak. Cuci ayam, blend bawang, cili and segala mak nenek perkakas tuk masak. Tatau nape, tetiba aku efisien je bab-bab ni. Semangat terlebih. 

So pagi tu, senang. Terus keluarkan barang-barang. Terus masak. Since iols dah ada dry kitchen sekarang kan, so memasak lebih mudah. Bayangkan, sekali on empat dapur terus. Dalam kul 10 tu semua dah siap masak. Tepuk tangan untuk diri sendiri ngan mama. 

Menu semalam adalah, nasi tomato, ayam masak merah, pulut kuning, rendang ayam, puding suka hati, pencuk nenas. 
Ni nama dia puding suka hati. Letak strawberry & buah pisang kaki secara kedekut.

Pulut kuning & Rendang Ayam. Boleh order tau. Check kat www.wmbywaniemaya.com 
Rendang ayam. Taktau rendang negeri mana. Tapi ade orang cakap macam rendang minang. Haha

Pencuk nenas.

Ayam masak merah, yang digandingkan bersama nasi tomato. Nasi tomato tak sempat bergambar ya. 

Cake beli. Kakak dia dasar pemalas. RM32. Chocolate Delight Chiffon. Sedap gak. Beli kat Berry's

Yang diraikan. Adik dengan kembar tu. Diorang lahir bulan 2. So celebrate skali. Yang kanan tu cousin kitorang.
Untuk adik, Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, jadi anak dan adik yang soleh. Mohon kalau dah berjaya kaya-raya esok, jangan lupa pada kakakmu yang jelita ni. Haha! Hadiah birthday pending dulu ya. Tak amik-amik lagi ngan orang tu. Busy ngalahkan PM . luls. Whatever it is, we love you adik! Be a good boy okay :)

Eh, nanti kalau rajin, iols update resipi okay?


Tata~~