Tuesday, 13 January 2015

Aktiviti Hari Ahad

Tajuk macam tak boleh blah kan? Ala-ala laporan budak sekolah gitu. Tapi takpe, sekurang-kurangnya tajuk tak lari dari cerita kan kan?

Hari Ahad, pun ada delivery, tapi ni frozen food. Kawan-kawan jugak order. Plan nak dating ngan cik muzie bersama cik taana. Tapi sebab ada orang nak order roti jala, kenalah saya siapkan dulu. So senang orang tu amik je kalau saya takde.



Bertebaranlah menjala roti di pagi hari. Hahahaha. Rezeki kan, takkan nak tolak. Ni la bezanya kalau keje sendiri dengan keje makan gaji. No rest day. Tapi seronok, sebab sendiri kerja kan. time cuti-cuti, family time banyak. Ni yang start berkira-kira nak pencen awal je ni. Wuwuwuwu~

So dah siap, terus ke Bangi Gateway. Tak la jauh sangat, macam area umah zurin je ni. Tapi sebab tak tau pakai waze, rasa macam waze ni membongak ni..bawak jalan pusing-pusing jauh betul.

Dah sampai, kagum jap. Besar gak eh tempat ni, pastu sesat tak jumpa Sushi King. Sampai-sampai je diorang dah tersadai lima pinggan sorang. LOL. Maafkan saya. Dah order, sembang-sembang, isu semasa, isu tak semasa sangat. Perancangan masa depan dan sebagainya. Dah tu balik, masing-masing ke pangkal jalan. Saya singgah kedai buku, beli stationeries tuk adik. Kata esok tu sekolah kan. Memula tanya takde benda. Tetiba eh banyak plak kena beli. Takpe dik, demia masa depanmu. Belajar rajin-rajin okay?

Sekarang ni ada perjanjian, adik takleh main iPad dia dah time sekolah. Maaf dik, kakak nampak kejam. Tapi untuk kebaikan. Nak berhibur mohon tengok TV sajorh. Astro ada banyak channel. Pilihlah mana berkenan.

iPad is a no no for now. Kecuali weekend. Tu pun kena pulangkan before 6pm on Sunday. Gitu. Belajar dulu, lagi dua tahun je. Now form 4. Lepas tu SPM. Lepas tu pakailah ipad tu sesuka hati.

Dengan demikian, kakaknye lah yang pakai masa weekdays. Muahahahaha. Dah tu takkan nak bagi terbiar kan? #eh

Sekian.
11.01.15

No comments:

Post a Comment