Sejujurnya, aku kat office memang takde keje langsung. Okay, adalah sikit-sikit. Hahaha. Keje fotostat kerja, susun file sendiri and update here and there. Why? Sebab office's politics. Why lagi? Malas nak elaborate. Lagipun malas nak semakkan blog sendiri dengan hal-hal remeh. Kat FB pun aku takde nak kesah sangat. Tapi kat whatsapp bertubi-tubi la memember tadah mata baca luahan perasaan aku. Hahahaha. I lub u my frens~
Jadi, memang ada masanya aku update blog kat office. Ya aku jujur, dah tu bajet aku nak buat apa nganga je? Ada masa aku fikir masa depan bisnes. Merangka hala tuju syarikat (ayat macam berita swasta sangat). Tapi, meh nak habaq la no. Aku ni, jenis kalau ade kerja (diberi kerja) aku buat kerja aku. MAKSUDNYA (aku saja caplocks), aku tau bila kena buat kerja dan bila masa bersuka ria. Paham?
Ada kerja, ada deadline, aku buat. Hatta aku main telephone sekalipun, aku layan FB ke, instagram ke, baca blog ke, groupon ke. Kerja aku buat. Paham? Kalau bagi deadline, aku buat ikut deadline. Jangan plak kata aku jenis tak buat kerja langsung kalau dah ada yang kata time lalu je aku tengah layan internet. Eh, hello. Ada 7 jam kot duduk kat office, dah kalau yang lalu jam yang ke 4 minit ke 35 tu aku baru tengok FB terus assume aku tak buat kerja. Pengsan.
Kan dah, tetiba membebel. Hahaha. Tapi takpelah, iols tak kesah sekarang. Nak cakap belakang ke, depan ke, atas ke, bawah ke ikut suka hangpa. Tapi jaga-jaga no, don't make my blood go upstairs.
Tata!~
No comments:
Post a Comment