Ni resipi sendiri, hasil usaha study resipi kat incek gugel. Hehehe
Bahan-bahan untuk kentang lenyek (mashed potato):
6-7 biji Kentang (buang kulit, direbus sampai empuk dan dilenyek)
2 sudu besar susu segar/susu cair
3-4 sudu besar butter
Lada sulah
Garam
Caranya:
Kupas kulit dan rebus kentang bersama secubit garam sehingga empuk.
Toskan kentang dan mula melenyek (melecek) sampai hancur
Masukkan 2 sudu besar susu dan lenyek lagi
Masukkan 3-4 sudu besar butter (ikut citarasa)
Masukkan garam dan lada sulah secukupnya.
Siap.
Bahan-bahan untuk inti:
500 gm daging cincang (boleh pakai kambing atau ayam)
1 batang carrot (dipotong dadu)
1 cawan cendawan butang (dihiris- nak campur sayur lain pun ikut suka)
3 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih
1 cawan tomato puree (boleh pakai sos prego)
1 sudu besar tepung jagung/tepung gandum
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu butter untuk menumis
Caranya :
Panaskan butter, tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau.
Masukkan daging cincang dan masak hingga empuk
Masukkan carrot, cendawan butang atau apa sahaja jenis sayuran kegemaran (capsicum/broccoli,dll)
Masukkan 1 cawan tomato puree
Garam dan gula sebagai perasa
Masukkan 1 sudu tepung jagung (ni optional, saja nak bagi dia likat sikit)
![]() |
Sebelum dibakar |
Sekarang, dalam bekas aluminium atau apa sahaja bekas yang boleh dimasukkan dalam oven, memula loyang tu kita sapu butter.
Lepas tu based dia letak mashed potato tadi. Nipis je. Tapi nak tebal ikut suka.
Lepas tu letak inti daging tadi.
Optional nak letak cheese. Cheddar cheese ke, mozarella ke atas inti.
Lepas tu tutup balik ngan mashed potato tu.
Sapu ngan telur kuning sikit. Jadi bila bakar dia golden brown gitu.
Buat la corak atas potato tu sikit.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius. Selama 20 minit. Lepas tu, pasang pemanggang atas dan bakar selama 10 minit. Sebab nak dapat effect crusty kat atas tu.
Selesai dan sedia dihidang! :)
![]() |
Yeay! Dah siap :) Kalau malas buat, nak order boleh tengok kat sini wmbywaniemaya.blogspot.com |
No comments:
Post a Comment