Last week, kalau ada yang perasan la, shopping complex, kedai makan semua penuh. Al maklumlah orang gomen kan dapat bonus. Hehehe. Jadi, mama selaku warga gomen tunggal dalam family, haruslah belanja kami makan. Kalau orang kata nak belanja, selalu demand nak steak saja. Tapi restaurant yang kitorang pergi ni steak dia sedap and harga berpatutan.
Since malam jumaat tu adik ada training, kami pi makan malam sabtu tu (Jumaat malam). Nama restaurant tu Sugar Melon. Lokasi di Tingkat 1A, One City USJ. Bangunan ni kalau siapa biasa lalu Elite Highway tu perasan la. Yang ada lampu-lampu tu. Dalam tu ada kedai makan and wayang ye kawan-kawan.
![]() |
Sugar Melon Lamb Chop with Mint sauce (RM25) |
Esok tu pulak Sabtu, pagi tu breakfast mama buat cekodok udang pakai tepung adabi. Macam aku cakap, rasa diorang dah improve. Kire bancuh je dah molek siap goreng. Makan dengan sos cili Thai. Fuh, sedap. Mana-mana yang baru nak belajar masak buat cekodok, digalakkan pakai tepung ni. Iklan tak berbayar, mana yang bagus tu aku recommend :)
Lepas dah breakfast pergi LifeLine tengok motorize wheelchair baru adik. Since sekarang adik pun dah membesar, so kena tukar kerusi lain yang selesa tuk dia. Ni teaser je, size pun bukan size dia ni. Nanti insyaAllah dah dapat, aku share details kat sini k :)
![]() |
"Motor" baru. |
![]() |
Test drive katanya :p |
Dah setel tu, lepas dah bincang harga, nak paint warna apa, kitorang pergi rumah acik plak. Tapi sebelum tu, sebab masing-masing perut dah berkeroncong. Pi singgah makan sat kat Jalan Bellamy. Kalau yang nak tau ni jalan belakang Istana Negara tu. Kat situ ada macam-macam kedai. Kalau dari simpang tu sebelah kanan tu gerai ikan bakar. Kalau pi belah kiri, tu Rojak Bellamy yang femes tu. Kitorang pi makan rojak bellamy. So far, ni je rojak paling best aku pernah makan. Tekak aku la, tekak korang taktau. Hehehe. Ada macam-macam, mee goreng, nasi goreng. I is makan Rojak Sotong, mama makan mee goreng mamak, adik makan maggi goreng. Semua sedap. Harga pun okay.
![]() |
Rojak Sotong , Jalan Bellamy KL |
Dah kenyang, gi rumah acik kat sentul. Lepak-lepak petang tu gerak balik. Sempat singgah Subang Parade. Mama teringin nak makan Dave Deli. Haruslah aku ngan adik suka. Jalan-jalan kot. Abah je la memula macam malas. Abah jenis kalau parking susah, orang ramai dia serabut sikit. Suka tempat tenang-tenang gitu. Hahaha. Aku pun suka gak. Sebab tu macam Mid Valley ke KLCC ke aku tak suka pergi.
Singgah la Subang Parade, abah siap tanya parking susah ke senang ke. Aku cakap parking OKU banyak and ada ramps semua. Nasib baik ada. Banyak, and mudah. So bagus Subang Parade. Haha. Pastu Subang Parade kan dia jenis ada bridge kat dalam tu so kita takyah susah-susah naik lift. So abah macam kagum la. Padehal dulu pun dah ada -.-
Sebelum singgah makan, melencong jap pergi kedai clarks. Nanges jap tengok design-design kasut kat situ. Oh btw, kalau nak carik kasut Clarks best-best, mohon pergi outlet kat Subang Parade atau Shah Alam Mall ya. Ni kalau jenis yang suka design classic. Harga tak dapek la nak nolong, memanjang takde sale pun. LOL. Cuma yang bestnya, abah kata mama boleh usya dulu. Nanti dapat bonus abah belanja. aku terus yeay! eh ke, tu applicable tuk mama je? T-T
Dah tu, makan kat Dave's Deli. Abah amik roast chicken, adik amik mashed potato. Yours truly amik Beef stew with mashed potato and garlic bread. Menu tak kalah kau. Omputih sangat. Overall sedap, service laju and harga berpatutan. Gamba nan ado sebab battery dah nazak.
Sekian laporan sehingga hari sabtu. kbai.
No comments:
Post a Comment