Ni nak habaq, aku ni adalah jenis gadis yang malas make up. Bukan malas la. Tak suka sebenarnya. Aku just pakai benda basic. Bedak dengan lipstick. Lipstick tu pun ikut mood. Agak aku teringat aku pakai la. Hahaha.
Tapi sejak dah "dewasa" ni kan, bijak sikit la nak menyerikan muka supaya tak ngeri. Nanti tak pasal aku femes sebab ingat sedara ngan Edward Cullen kaan, muka pucat je. Lingkaran bawah mata tu jangan citer la, eyeshadow original. -.-
Jadi layan-layan blog, terjumpa la produk Seqy Beauty BB Cream ni. Sebab terbaca kat blog viruspadu kot, pastu terus layan blog Sepet. Pastu usyaaaaa je. Kumpul duit nak beli. Excited sebab jujurnya, BB Cream ni murah. Yang aku pernah beli dulu, memang la best, tapi mahai....huhuhu T-T
Ada rezeki lebih sikit bulan ni, terus beli laju-laju. Sebab BB cream pun dah habis. Ke takde tah. Sobs. Terus order, petang tu jugak diorang pos. Pantas okay service. Tapi tadi baru dapat, biasalah kawasan office aku ni terpencil sikit so memang selang sehari baru dapat barang.
![]() |
Nampak tak ade free gift dua ketul tu. Terharu okay :') |
![]() |
Botol dia comel. Senang masuk dalam bag. |
Dah tu, pakai BB Cream. Okay, BB Cream ni jenuh jugak la aku exercise jari nak pump. Hahaha. Suspen gak, tanya Miss Lora dia kata memang kene gigih sikit pump. Pastu keluar. Dia keluar pun sikit je. Bagus. Menjimatkan. Kalau muka kecik aku rasa pakai satu pump cukup kot. Kalau muka sihat macam aku ni, dua pump. Hehehehe.
Kalau nak tau tekstur dia macam bedak sejuk dalam botol. Yang warna coklat tu. Gitu la lebih kurang. Tapi yang ni, sapu terus meresap dalam kulit. Suka betul beta. Hahahaha. Dia takde lah tetiba kita pakai amik dari jauh putih melepak kan. Ni tak, natural. Pastu pipi pun jadi pinkish. Awwww...
![]() |
Yer, muka bebas tanpa make up. Hahahaha. |
Dan tak berminyak. So far pakai asyik nak usik muka sendiri je. Hahahaa. Obses.
So kalau korang nak try. Amatlah digalakkan. Yang penting, tiada was-was, berdaftar dengan KKM.
Harga dia RM55 include postage. Untuk cleanser RM45 not include postage. Murah kot. Berbaloi la.
Hangpa boleh usya website dia ngan instagram dia.
Instagram : @seqybeauty
Kalau nampak muka aku yang jelita dibawah nama @misswanie84 tu, sila like laju-laju. hahaha. Ni mula terpikir kot-kot nak juai kat WM plak..mihihihihi~
ps: ini bukan iklan berbayar ye. Ini recommended setulus hati :)
Tata!~
*****************
Update 29.01.14
1. Suggest kat mama try the cleanser. Since cleanser lama dah nak habis. Lepas tu dia tanya beli kat mana, siapa punya and yada-yada. Dia cakap okay.
2. Lepas tu mama sambung, dia cakap "Patut mama tengok muka awak nampak bersih berkilat" LOL
3. Pagi tadi terus whatsapp Miss Lora order cleanser. Risau yang kecik sample tu nak habis. Hahahaha
4. Rupa paras beta hari ni secara close up. Sila scroll laju-laju bagi mengelakkan mimpi ngeri :p
![]() |
Tudung memang warna lebih kurang macam semalam. iols mane reti fashion. hewhew~ |
Tata~
No comments:
Post a Comment