Okaylah, since ini adalah isu yang agak serious dan agak hangat diperkatakan. Tolong baca dengan nada serius. Okay? Takdelah tipu je. Chill please :)
Sebelum tu, rasanya ada yang dah tau. Ada yang tak tau, yes, I'm one of kpop fans. Jadi, pendapat di sini adalah tidak bias kepada mana-mana pihak (urm, kalau bias sikit-sikit tu dah memang natural). Dan mohon pendapat/penulisan ini, tidak dicopy paste, discreen shot atau apa jua penyebaran sekali pun. Legal action will be taken jika dijumpai. For your eyes only, if ada nak comment, feel free to comment di ruangan di bawah #muahciked.
First of all, as one of the fans dengan sekeras-kerasnya tidak menyokong atau menggalakan perkara sebegitu berlaku. Nampak tak? Pada kami, yang jelas haram tetap haram. Matlamat tidak menghalalkan cara. Benda dah jadi, dan kami harap mereka yang terlibat tau apa yang dah berlaku dan kalau boleh jangan buat lagi okay? Now it's between them and Allah. Kita tak ada hak untuk judge mereka. Let's move on :)
Benda salah satu, satu dunia nampak. Tapi apa yang ada sesetengah kpop fanbase buat untuk charity media tak highlight pun. Maybe sebab kami pun tak war-war kan. Tapi apapun, masing-masing dah besar. Tau mana boleh mana tak boleh. Batas-batas agama.
Sebagai kawan-kawan, time-time macam ni la kita nak peringat sesama kita. Apa yang boleh, apa yang tak boleh. Agak-agak lupa ingatan tu, kawan yang agak-agak sedar sikit tu ingatkan kawan lagi satu. Cakap kat dia "Eh awak, jangan! Jangan awak jangan!" macam tu lah bunyiknya.
Kalau sama-sama hilang ingatan, innalillah~
Sebab kitorang pun pernah ada situasi macam tu, fanmeeting. Dapat salam. Lepas tu mula timbul rasa bersalah. Siap fikir ramai-ramai "Eh, kita pakai glove nak?" "Ke kita bagitau dia yang kita tak boleh salam so kita hai je" "Takpun request sebab takleh salam, kita mintak selfie" gitu. Tapi akhirnya program tu dua kali cancel. Nampak tak betapa Allah sayang kitorang T-T *insaf*
Yang pergi concert pun. Ada beberapa bahagian, ada yang kat bawah berdiri-diri. Ada yang seat duduk macam boss. Biasanya kitorang amik yang seating. Sebab dah tua kot, tak larat nak berdiri. Kalau berdiri pun er, dalam ribu-ribu tu boleh kira ada berapa orang lelaki. Kadang-kadang takde pun. So pandai-pandai la bawa diri ya.
Dunia kpop ni luas. Ada yang bagus ada yang tak bagus. Ada drama-drama dia penuh moral of the stories berbanding drama tempatan. Serious, ni tak tipu. Ada program-program dia penuh pengisian berbanding program kita yang lagha. Kembali kepada dasar, tepuk dada tanya cerita apa nak tengok.
Yang tak baik tu, toksah la tengok tau. Bukan kpop je, citer melayu, citer omputih, citer hindustan. Jangan tengok kalau tak elok. Hatta dah 15 tahun dan ke atas pun. Paham tak? Nanti rosak otak. Aiyokk.
Dan juga, untuk makluman, kat sana pun ada Masjid. Ada halal food, halal street. Even kawan-kawan kat sana pun tau kita yang muslims ni apa yang boleh makan, apa yang tak boleh. Diorang hormat, diorang respect. Sampaikan ada guesthouse kat sana siap buat bilik sembahyang khas untuk kita.Tapi kita ni kena la tunjuk tauladan yang baik.
Mana yang tak kena tu, kita betulkan dengan cara berhemah. Bukan menuduh atau mencaci.
"Do right. Do your best. Treat others as you want to be treated" - Lou Holtz
Pasal isu lelaki sejati tu, urm. Tak baik tau kata Tall, Dark and handsome je lelaki sejati. Abih yang putih-putih melepak keturunan tu camne. Sian diorang. Diorang macho gak apa. Well, memang la, tak nafi ade je yang skinny, pale and pretty tu nampak jambu. Tapi ada jugak yang skinny, pale, pretty tu gagah okay. Hahaha. Apepun, jangan lah buat judgement macam tu. Diorang plastic-plastic pun ada sebab. Ada jugak yang tak plastic. Tapi kat malaya sini pun ramai makin plastic jugak, ape kes? Eh oopps, terbias plak =)).
So yang dah lepas tu lepaslah. Kita ambil iktibar. Lepas ni mohon, mana-mana fanbase make sure bagitau organizer apa yang do's and don'ts kat Malaysia ni. Yang mana nak berhibur tu, jangan lupa batas agama. Kita chill-chill je okay? Jangan lupa solat. :)
No comments:
Post a Comment