Wednesday, 28 January 2015

www.wmbywaniemaya.com

Alhamdulillah. Step by step kitorang (aku dengan cik maya) cuba nak build up WM by WanieMaya ni. Yer lah, masing-masing pun keje biasa-biasa je. Dua-dua buat keje admin. Paham-paham je la pendapatan kitorang berapa. Kadang-kadang tu jealous jugak tengok orang lain boleh beli apa-apa je sebab ada modal. 

Kitorang ni nak collect modal pun berbulan. Sebab kumpul duit gaji sikit-sikit. Time ada rezeki lebih, terus buat laju-laju. Kitorang dah janji, memang tak nak amik loan mana-mana. Sebab nak starts from scratch kan. Kecuali loan FaMA (father, mother) tu kitorang tak tolak. Bwahahaha.

Actually dah lama kitorang nak ada business sendiri ni, tapi tak bergerak pun. Memula ngan nama The Kiz gitu. Hasilnya sonyap yo. Memasing busy. Tapi sebab macam dah penat nak keje makan gaji, tu yang kerahkan jugak pelan-pelan. 

Memula build up facebook (www.facebook.com/wmbywaniemaya), sebab pada kitorang tu salah satu medium paling laju. Then kitorang bekorban bayar untuk sponsored ads. Tawakal je la, Alhamdulillah ada hasil sikit-sikit. Tak banyak pun budget kitorang. Kadang-kadang seminggu amik RM20 ke. Hahahaha. Kata takde duit weyh, tu pun kitorang share half-half.

Bila dah bergerak sikit, kitorang buat branding sendiri. Buat logo, stickers. Alhamdulillah, logo, business card ada kawan kitorang tolong (nak nanges, touching ni). Lepas tu dapat buat stickers and cards pun murah. Alhamdulillah.

Tak lama lepas tu, kitorang proceed register company pulak. Yer lah, nak bergerak secara Halal kan. Hehehe. Alhamdulillah, lepas register rezeki makin murah. Korang yang mana buat online business ni or jual nasi lemak ke, goreng pisang ke, register la company korang. Untuk kesenangan masa depan. 

Okay ni tips dia, bukan tips la, simple step sebab ramai ingat rumit.


Pergi laman web http://www.ssm.com.my/ms
Baca dan faham dulu dua benda perkara ni. Nak buat apa-apa kita kena baca dan faham dulu tau.
1. Download borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan - Borang PNA.42 (contoh borang lengkap - klik sini )

Borang ni adalah untuk kalau kita nk letak nama syarikat contohnya Karipap Sedap Enterprise atau Kek Gebu Resources. Nanti kat pejabat SSM diorang akan check nama ni, dah ada orang pakai ke belum. So korang buat 3 Option okay. Tapi standby je la 5 option. Sebab ari tu kitorang pun dia amik option number 3. Hahahaha. Lepas tu nanti dah okay, korang bayar RM70 (RM60 untuk register, RM10 untuk print sijil perniagaan) . Tapi kalau korang nak letak nama sendiri contoh Ahmad bin Meon. Takyah pakai borang ni, leh proceed je . Bayar RM30 je.


2. Download Borang A (Borang Pendaftaran Perniagaan , ni contoh borang lengkap - klik sini

Borang ni korang kena isi maklumat kita, alamat semua la. Kalau ada share partner, letak nama diorang sekali. Tapi masa nak register boleh pergi salah sorang. Tak wajib ada dua-dua. Cumanya share partner kena sign kat borang tu jugak.

So, nak register syarikat kena ada dua borang ni. Nak senang korang download siap-siap isi terus kat rumah. Bawak photocopy IC sekali. Kalau sharing, dua-dua IC kena ada. Pergi Pejabat SSM amik nombor tunggu giliran. Senang je. Kalau area Shah Alam, Pejabat SSM kat Plaza Alam Sentral, Tingkat 3. Area kedai-kedai handphone tu. Dia bukak pukul 8am -4pm . Takpun boleh pergi kat Putrajaya.

Then next step kitorang register domain untuk website. Nak nampak formal sikit la kan. So officially jadi www.wmbywaniemaya.com . Alhamdulillah. Dari last year kot nak proceed ngan .com ni. Ni baru jadi. Sebab dapat rezeki lebih sikit semalam. So terus proceed dengan cynet.com.my . Nanti free aku cerita process nak register domain plak okay. 

Tetiba panjang lak entry. Hahaha. Takde lah, saja aku nak share yang kalau kita start dari bawah ni walaupun banyak pahit tapi manisnya tu kita tak lupa. Pengalaman beb. So kalau ada nak tanya apa-apa comment je, insyaAllah nanti aku reply.

Tata!

No comments:

Post a Comment