Tuesday, 13 January 2015

Kisah nasi lemak

Masalah utama kami (dan keluarga) adalah taktau mana nak makan best. Makanan melayu, macam nasi lemak best, lauk-lauk best, sup-sup ke. Kalau western tu tau la mana nak tuju.

Jadi kisahnya semalam. Sebelum tu nak habaq, semalam lah insiden paling best di mana, ada laaaa budak nama wanie semangat pergi kerja. Jalan clear bak hang. Sampai office awal kot. Tapi kat parking takde orang. *krik krik krik*

Replacement holiday laaa...bwahahaha. Achaner leh lupa daa. Dah la siap bawak bekal. Aishh..terus konar balik..balik rumah. Nasib rumah dekat :p

Dah tu, rilek-rilek, basuh baju bagai. Sempat pi hantaq pos barang-barang fangoods. And bila mama and abah balik. Start dah soalan standard "nak makan apa hari ni?". Since semalam Isnin dan hari pasar malam (depan rumah je). Sessi order bermula, abah request nasi lemak, second choice nasi kerabu. Adik bihun sup. Mama, yong tau fu. Saya? Tak tau. Memang ada masalah sikit kalau nak membeli ni, sebab tak kena ngan tekak (mengada).

Last-last bagi cadangan, masak nasi lemak nak? Terus mama ngan abah kata okay. LOL. barang semua ada. Tapi pergi Hero jugak la beli ayam dengan ikan bilis. Nasi lemak takde ikan bilis ngan timun mana ngam der.

Jadi gigihla pergi Hero ni, mentara minta tolong abah parut kelapa buat santan. Belilah chicken wing kpop (sebab skinny.bwahahaha) ngan timun dan ikan bilis. Balik tu terus operasi bermula. Goreng ayam, ikan bilis, kacang, potong timun, sementara tu masak nasi. Pastu sambal. Siap!! Tak sampai setengah jam kot. Nasi ngan sambal je la lama sikit.

Makan, bertambah-tambah. Adik paling cerewet pun tambah. Siap kata boleh jual. Okay, nak suruh pencen awal jual nasi lemak ke apa ni. Tapi dalam pertimbangan. Hahahaha. memang minat pun. Nak-nak dah malas keje office sekarang ni T-T

So inilah hasilnya.



Resipi Sambal Bawang Nasi Lemak
3-4 Biji bawang besar (lagi banyak lagi sedap)
3 ulas bawang putih (buang kulit je)
5 senduk kuah cili kering blend / cili boh (cili kering rebus, tos pastu blend)
Air asam jawa
Garam dan Gula
Minyak

Caranya :
Panaskan minyak, tumis bawang putih 3 ketul tu. Ya I is tak ketuk tak hiris, masukkan je sebijik2 dalam tu. Pastu masukkan bawang besar yang dihiris dari. 
Goreng sampai kuning keemasan. Kene sabar part ni. Kata nak sambal sedap.
Lepas tu masukkan cili boh tadi. Pun masak sehingga pecah minyak. 
Dah agak-agak pecah minyak, masukkan air asam jawa. 
Depends nak buat pekat ke cair. I is buat ala-ala medium cair sebab tak suka tambah air.
Dah tu masukkan garam gula secukup rasa.
Masak sampai sambal pekat and kilat-kilat gitu.





Resipi Nasi Lemak Simple Ala Senangnya

3 pot Beras Basmathi (nak beras biasa pun boleh lepas tu ikut lah berapa pot nak masak)
1 mangkuk santan segar. Ke santan paket ke santan kotak.
Akak masak tak reti nak agak. So konsep dia macam korang masak nasik.
Sukat pakai jari telunjuk tu. Tau tak?
Kalau nak sedap, lebihkan santan. Kire santan pekat.
Kalau tak biasa-biasa je. ikut citarasa memasing.
1 biji bawang merah atau bawang besar. Hiris-hiris masuk je dalam nasi.
Halia sebesar jari kelingking pun optional.
Ni buat penambah rasa je.

Dah tu masukkan garam dengan daun pandan.
Letak dalam rice cooker. Tekan on. kalau tak sampai esok tak masak nasi korang.
Pastu agak-agak ade bau sedap tu, jenguk-jenguk la nasi korang tu, gaul-gaul sikit ke.


By the way, ni ada lebih semalam. Bawak bekal makan pagi tadi. Makan dalam surau sempit sorang-sorang. Sedih, cik sue gi interview. Eh opps. Hahaha. Pantry takde, nak makan kat belakang bebudak laki ramai. Sobs *tapi habis je pun nasik tu*



Okay, bye!

No comments:

Post a Comment