Friday, 30 January 2015

Makan

Dia ada masa kita lapar, tapi malas nak makan. Malas nak keluar sebenarnya. Office aku ni sekadar office. Kitorang memang takde cafe. Kalau nak gi makan memang kena keluor naik kereta.

Hari ni dah la Jumaat. Sure jalan jem kalau keluar sekarang, sebab semua keluar nak gi semayang Jumaat.

Tengok online order, mahal gila. Yer la, campur delivery lagi. Takkan diorang nak anto soup seketul harga 3 ringgit kot. Kan? Sendiri bisnes pun reti charge delivery *ape kes membebel kat diri sendiri*

Tengok lagi. Bukan website tu, website ni. Tekak macam nak makan caesar salad. Macam. Delicious punya. Sedap woih. Tapi mahal. Semangkuk dekat dua ploh lebih. Ke murah. Ke aku makin kedekut sekarang, semua aku kata mahai. Hahahhaa.

Tapi macam steak jugak. Haih, sedapnya. Sushi pun best jugak. Ke makan jjangmyeon?

Ke sudahnya aku tido je. Hahahaha

Nak pikir lagi. Selamat bersolat jumaat kaum adams.

Tata~

No comments:

Post a Comment