Hari tu, taktau nak makan apa. So bukak freezer ado tulang kambing. Zaman raya korban tahun lepas gamaknya. So keluarkan la. Since family pun macam malas makan nasi, adik aku plak hantu spaghetti/pasta bagai. Aku cadangkan masak lamb stew dengan garlic bread, pastu aku rebus pasta, adik leh makan.
Dah namanya aku yang bagi cadangan. Aku lah kena masak. Hahahaha. Sian. Tapi takpe, beta suka. Since kambing dah ade, aku just beli sos spaghetti (kimball/adabi/prego), daun saderi, cherry tomato ngan bawang holland.
Meh lah aku bagi resipi terus.
Bahan-bahan lamb stew :
Isi kambing (tulang ke, lamb shoulder ke, or mana-mana bahagian yang korang minat)
1 biji bawang holland (yg warna oren kuning tu, potong dadu)
3 ulas bawang putih (buang kulit saja)
1 tin sos pasta tomato (prego/adabi/kimball)
2 batang daun saderi
10 biji cherry tomato
1 batang carrot (potong panjang tapi besar - 1 biji tu belah 4)
Minyak zaitun tuk menumis
Caranya:
Rebus kambing tu sampai empuk. Aku masuk dalam pressure cooker je, 10 minit siap. Hahaha. Angkat pastu toskan.
Dalam periuk lain, panaskan minyak zaitun (nak guna minyak biasa pun ok) tumis bawang holland dengan garlic 3 ulas. Agak dah naik bau, masukkan sos pasta tu. Kalau korang nk pedas leh tumis cili dulu. Lepas tu tambah air. Ikut pekat mana korang suka.
Pastu masukkan isi kambing tadi. Kalau korang nak pakai air rebusan pun boleh. Suka hati.
Dah agak mendidih tu, masukkan saderi dengan carrot.
Dah agak-agak macam saderi ngan carrot tu lembut, masukkan tomato. Tutup api.
Eh lupo lak, garam ngan gula secukup rasa.
Kalau rasa masam tak cukup, sila tambah tomato puree atau tomato sos.
Dah ade stew, sure lawan dia garlic bread. Tapi aku pakai sweet bun.
Bahan-bahan:
Sweet bun / sandwich bread/ roti perancis
3 sudu besar butter
3 ulas garlic cincang halus atau blend
1 sudu minyak zaitun
Caranya :
Campurkan 3 sudu besar butter dengan garlic dengan 1 sudu minyak zaitun
Gaulkan sebati
Sapu atas roti
Bakar pada suhu 180 darjah celcius 10 minit api atas.
Tapi korang kene rajin cek, api atas ni kang cepat je roti hangit. heww~~
Siap, dah boleh makan. Abah kata tak cukup! hahahah. Aku ingat abah tak layan makanan macam ni, ngan roti-roti habis. Mama pun makan plak dia. Kalau bolognese tu dia kata masam. Ni dia suka lak... aih~
So korang cubalah. Tukar selera. Nak ganti ngan daging pun okay. Mana-mana je. Hehehe.
Tata~
No comments:
Post a Comment